Friday, 21 December 2018

Tips Budak Diet: IPD di Institut Jantung Negara

Posting kali ini, khas untuk my so beloved lah sangat, Megat dan awak-awak yang mungkin akan ke IJN? Sebab tu baca posting SAS ni kan :D

Hmm, nak start macam mana ya? Maybe SAS cerita dulu sedikit sebanyak suasana di IJN sepanjang 5 minggu SAS berada di sana dan kemudiakan kongsikan sedikit sebanyak tips yang harapnya membantu mereka yang bakal ke sana.

Nahh, satu-satunya gambar bukti SAS di IJN. Tak sempat dik nak berposing bagai.

10 Perbezaan Klinikal Training antara Hospital Serdang dan IJN

Okay, sebab obviously semua akan merasa rotation di Hospital Serdang, jadi SAS rasa fair kalau sas bandingkan dengan Hospital Serdang berbanding hospital lain.

1. Kes: Di IJN semuanya adalah kes jantung. Iya obviously, apa nak expect kalau dah nama pun Instutut Jantung Negara? Antara kes yang basic adalah post-op di ICU. Kebiasaannya pesakit akan diadmitted untuk operation, jalani pembedahan, paling sekejap <3 hari di ICU bagi stabil dan kemudiannya akan ke ward biasa. Kalau ada complication (tetapi sangat tak banyak) baru akan lama di ICU.  Jadi di ICU ni of course mostly enteral feeding. 

2. Kelas ward: Kalau di Hospital Serdang, pesakit dibahagikan mengikut kelas bukan? Kalau di IJN mereka dibahagikan ke bangunan terus. Hehe. Blok A dan B. Layanan dan rawatan tiada beza. Tetapi of course keselesaan yang jelas nampak. Nanti usha la sendiri apa beza :D

3. Bahasa: Dekat IJN, speaking sahaja most of the time. Kalau Serdang memang kena fluent layman term and bahasa. Tapi di IJN, english sahaja. Iya. Baik dengan pesakit apatah lagi dengan dietitian yang lain. Dengan pesakit Melayu pun kalau dia dah speaking automatic kita speaking kan? Begitulah. Tapi insyaAllah dakdak diet tak dak masalah bab ni kan :D 


4. CI vs Dietitian: Kalau di hospital Serdang, kita akan ikut CI bukan? Tetapi di IJN kita akan ikut Dietitian. And tak silap SAS, kita cuma dibenarkan ikut Dietitian yang dah berpengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun di IJN. Dan paling penting, kita yang kena approach dia. Contoh:

"Ms Vatana, can I follow you to Block B this evening? Vivien will follow Ms Chong. Are you okay with that?"

Sebab, kita akan diberi jadual, tetapi dekat sana kita sangat-sangat diberi kebebasan untuk rancang masa kita. Jadi, SAS dan Vivien akan gilir-gilir untuk merasa semua Dietitian dan semua Ward (Lain ward lain kes)

5. Setiap kes macam exam: Bayangkan, setiap kali kita diberi peluang untuk handle kes, kita cuma ada dalam 10 minit untuk clark kes. Hahahahaha. Iya, SAS tak tipu. Lepas tu depends on style Dietitian dia akan tanya kita nak buat apa? Kalau up sikit tanya pasal fisiologi bagai2 (Kalau kes tak banyak).

6. Peluang memerhati: Alhamdulillah ini adalah peluang paling terbaik SAS boleh dapat sepanjang di IJN. Sebabnya sepanjang minggu pertama, kerja kami adalah memerhati dan memerhati dan memerhati. Vivien penat memerhati iyalah, kita rushing for case kan? Tapikan dik epecially Megat, bila kita perhati ni jangan melangut. Catit tips diet, standard English phrases and paling penting tengok sendiri macam mana Motivational Interview. Sebab di Hospital Serdang, kita banyak perhatikan kawan-kawan kita sendirikan? Dan hakikatnya, ilmu kita terbatas dan satu level yang sama. Bila kita banyak perhatikan orang yang lebih berpengalaman memang bertambah sangat ilmu kita. Jangan rasa tempoh memerhati ni buang masa, always look for oppurtunity in every single moment okay?

7. Kawan: Well di IJN kita cuma ada dua orang. Waktu SAS rotation, tiada Uni lain, jadi alhamdulillah SAS dan Vivien diberi sepenuh perhatian oleh Dietitian di sana. Hehe. Diperhatikan sebenarnya. Dan penting tau kawan ni, teman makan kat dining room tu. Akward kot kalau makan sorang2 :'( . Vivien selalu breakfast dekat rumah, jadi waktu breakfast SAS join la breakfast dengan staff atau kalau berani sikit, duduk sekali dengan Dietitian. Ouh, jangan lupa bawa sudu, garfu dan cawan sendiri ya (Thank you Haalah sudi pinjamkan, sayang awak ketat-ketat). Ada locker dekat sana. In fact, lab coat and benda2 tak perlu bawak balik, semua SAS tinggalkan dekat locker. Senang nak lari kejar bas. Hahahah.

8. Penat: Penat kenapa? Sebab kita kena bangun untuk naik bas jam 6.30 a.m dan sebab standard jalan KL kebiasaan sampai kolej pun dah jam 6.30 p.m Penat sangat, tapi SAS fikir, nanti kita kerja pun macam tu kan. Ni bertuah jugak ada bas UPM jemput pergi dan balik. Jadi jangan miss bus ya kalau adik-adik yang tak ada transport sendiri tu. Ouh, disebabkan mostly Dietitian IJN asal-usulnya adalah pelajar Dietetik UPM (ada dalam 4 orang tak silap SAS out of 7-8 orang), mereka sangat alert dengan waktu bas kita. Tak adanya nak tahan lama-lama. Most of the time, they are the one who remind me. 

9. Suasana: Paling unik di IJN, setiap pagi tepat jam 9.00 a.m loceng aiskrim akan dibunyikan dan seluruh staff Jabatan Dietetik dan Sajian IJN akan berkumpul. Iya semua. Dari Ketua Jabatan, Pn Mary Easaw sampai ke tukang cuci pinggan (alamak lupa dah term dia). 15 minit perjumpaan ni akan dimulakan dengan briefing total order, apa-apa isu berkaitan baik complaint, saiz serving tak cukup, staff cuci pinggan ponteng, siapa yang MC sebab apa, semua akan dibincangkan. Dan di akhiri dengan cheers! Hahaha. Adalah 4-5x SAS kena aim kena lead cheers. Korang pun sama la tu. Hehe. Bagusnya meeting pendek ni, adalah ketelusan. Semua boleh upkan isu dan semua akan alert dan cuba atasi masalah bersama. SAS kalau jadi boss nanti (Aamin) akan buat benda yang sama. So, tak perlu membawang atau membodek. Bos layan semua sama rata. Alhamdulillah Pn Mary begitu orangnya. I adore her!

10. Proaktif: Paling penting sentiasa proaktif. Dietitian banyak lagi benda lain nak buat selain layan kita tau awak-awak. Tak perlu nak bersuap. Bayangkan, logbook kalau tak hantar pun mana ada dietitian sana bising. Cuma nanti faham-fahamla evaluation form macam mana. Tak ada orang nak gesa tak ada orang peduli. Mereka bantu pelajar yang nak bantu diri sendiri. SAS personally request nak follow Pn Farhat, untuk belajar kes nenoatal. Sedangkan tak fokus dekat paeds pun tak apa. Tapi sebab SAS tahu, SAS tak akan, dapat lagi peluang ni, jadi SAS grab je. Pn Farhat pun layan je SAS nak ikut dia. Semua dietitian akan sedaya upaya penuhi permintaan kita, tapi kalau tak minta mana dietitian nak tahu kita nak belajar apa kan? Jadi pandai-pandai ya dik, rancang apa output yang anda akan bawa balik nanti. Jangan over sudah >.<

Larat lagi ke teww awak nak baca? Tak larat peduli apa, I tulis juga. Hehe


Nahh, gambar SAS and nenek kebayan paling annoying. Hahaha. Alhamdulillah dapat di sini dengan nenek ni. Tapi pun kitaorang tak sempat nak posing bersama. Jadi up la gambar konvo ni.


5 Tips dan Perkongsian Terbaik untuk Anda yang Bakal ke Sana

1. Senarai susu: Nah Senarai Susu IJN, tak nak cakap banyak. Pergi ke link ni dan access request. Nanti masuk store susu double check okay. Mesti banyak perubahan. Dekat sana kita akan guna pump feeding, jadi semua kita kira kcal/ml instead of scope - most of the time.

2. Boleh revise pasal jantung okay. Common operation and nutritional related issue: Nahh, bacalah semua ni, habis bagi dah ni. Hehe doakan I dapat suami yang soleh, hensem, kaya, masuk syurga and nampak I paling cantik as his wife, okay? Aamin cepat. Sekarang calon suami tak muncul lagi. Ini semua simpanan dokumen SAS tahun 2017/2018. Kalau tak updated carilah ya yang lain: Nutrition-HeartHeart Failure ManagementOverview Heart Failure dan Slide IJN - Kes Paeds (yang ini request access).

3. Lapangkan dada. Unlearn and relearn. Jadi gelas kosong untuk sedut ilmu dan pengalaman sebanyak-banyaknya dekat sana. Bawa pulang dan kongsi dengan member. Tapi time exam, ikut cara biasa, jangan buat gaya di IJN, exam ikut macam style selalu dekat Hospital Serdang.

4. Dokumen dan Edu-tools: Yang ini jangan risau, IJN akan share kan semunya kepada kita. Kita guna edu-tools yang diberikan. Dan SAS tak share apa-apa dokumen IJN sebab haram. Jadi anda jangan sewenang-wenangnya photostate bagi dekat member ya. Pesanan dietitian sana, its all about copy right.

5. Rutin: Pagi check ketepatan tray, lepast tu terus naik ward buat survey. And petang baru ikut naik ward. Jangan pernah rasa beban dengan kerja-kerja begini. Macam biasa, pesan SAS sentiasa nampak apa oppurtunity dari setiap tugasan yang diberi. Bayangkan, dengan check trolley, kita boleh tahu peratusan pesakit terima diet yang salah, kita boleh tahu apa makanan yang most demand by patient, kita boleh tahu eh macam2la. And dari survey kepuasan pelanggan pun banyak kita boleh belajar seperti apa feedback pesakit di IJN, bandingkan dalam hati dengan Hospital lain. Dan fikir untuk masa depan, 'kalau lepas ni aku dapat kerja dekat hospital lain-lain, apa cara aku boleh tiru di IJN atau apa benda yang aku patut elak?'

SAS ingatkan awal-awal, dekat mana pun kita, semuanya bergantung apa mindset kita. Kalau awal-awal awak rasa buat kerja bodoh sebab kena kutip survey, huhu, rugilah Dik. Grab aje semua pengalaman termasuklah kena tolong cuci pinggan >.<. Dari situ belajar pulak mesin atau cara efektif kerja di dapur.
Menyampah ke tew? Sorry wak, hehehe. Last sekali SAS nak share pengalaman yang tak boleh dilupakan. Hahahaha. Bacalah Dik kalau larat lagi. Hehe.

3 Pengalaman Terbaik di IJN

1. Bagi group kaunseling: Fuhh. SAS dapat chance dua kali. Sekali dengan Ms Vatana. Sekali dengan Pn Farhath. Waktu first time dengan Ms Vatana banyak benda kena tegur, jadi SAS cakap, 

"Hmm. rasa nak buat sekali lagi." Tapi Ms Vatana reply "Mana boleh. Vivien sekali you sekali lah. Baru fair." 

Tapi-tiba-tiba last day, Ms Foong bagitau "SAS, awak ikut Pn Farhath kejap lagi, bagi group kaunseling." Fuh, sejam sebelum kot. Im-promptu. Alhamdulillah survive. See, dorang bagi jugak chance dekat SAS. Hahahahah. Ini Pn Farhath puji tau :P

2. A team of excellent dietitian: Pn Mary Easaw merupakan Ketua Dietitian, and sangat alhamdulillah kami dapat observe dia buat diet kaunseling. Bayangkan dia boleh buat patient yang macam putus asa keluar bilik boleh senyum kot! Respect! Pn Mary ajar banyak benda. Setiap pagi dia akan panggil kami and share macam-macam. Public speaking kena, Motivational interview kena, pengurusan kewangan kena, talk jangan perasan bangsa kamu paling bagus kena (India, Cina, Melayu semua dia kaw-kaw cakap benda hakikat yang nyata), dan banyak lagi. 

Tapi dietitian lain-lain semua pun bagus sangat-sangat-sangat-sangat. SAS tak nak cerita lebih, sebab SAS memang nampak semua yang terbaik je sebenarnya. Kang nanti expectation korang jadi lain. Sebab kawan SAS yang attachment ke IJN lepas tu macam tak beberapa happy. Jadi anda kenali, dan anda tentukan cara untuk tentukan mindset anda macam mana.

3. Kena puji dengan Pn Mary!: Hahahaha, sorry riak kay :P. Kekeke. Pn Mary ada sekali puji SAS pandai bagi motivational talk bila acah-acah buat kaunseling dengan dia. And dia impress bila SAS cerita pasal Jack Ma waktu kitaorang ada session public speaking tetiba dengan dia. And satu hari waktu SAS jalan teman Pn Mary ke lif (Pn. Mary patah ankle, so jalan slow and nak kena paut sikit) and dia cakap

"Amirah, you have very bright potential. But, you have to improve the way you speaking."

Sebab SAS betul-betul nak improve diri SAS, SAS tak sentap langsung, SAS tanya balik 

"How Pn Mary?"

Dia jawab, SAS tak boleh layan semua macam kawan. Boss lain cara, dietitian lain cara, kawan sekerja lain cara, dengan pesakit lain cara. Since tu SAS baru sedar, maybe dengan gaya SAS yang ramah tu membuatkan nampak macam SAS tak tunjuk some gap, I guess? Heheh, so since tu SAS tahu dah. Hehe. Alhamdulillah. Thank you Pn Mary tegur!

Dia tambah lagi,  "Contoh, when you know something new. I know you excited. But you should not react like 'Ouhhh, macam tu ke.' with the dietitian. You know, maybe you can say something like 'Yes Ms. Noted on that. I'll read more on it'".

Fuhh, nampak tak Dietitian lain tak pernah tegur SAS punya gaya kecuali Pn Mary dan Pn Farhath (gaya kaunseling). Sebab tu SAS sangat respect both of them. Tegur info klinikal tu biasa, tapi tegur adab/sahsiah/gaya kita cuma orang luar biasa je berani buat. Paling penting tak cakap belakang. And semua dietitian IJN tak ada membawang pasal mana-mana previous student diet yang attach dekat IJN. Jadi SAS 99% yakin, kelemahan SAS tak ada dibuat bahan gelak atau bahan bercerita. 

Ouh. Pn Mary hadiahkan buku resepi dekat SAS dan Vivien juga! Maybe sebab dia tahu SAS suka memasak. Hehe. Ms Foong punya video pun ada dekat You Tube. Resepi menggunakan air-frier. Fuhhh hebat tak hebat? SAS excited sangat sebab tak semua biasa guna air-fryer, jadi Ms Foong siap tunjuk video-video dekat YouTube waktu breakfast dengan SAS.

Hmmm. Tak tahu nak share apa lagi. Korang baca lagi ke tu? Rajinnya >.<

Okay last, good luck awak semua, ingat pesan mak SAS ni kalau rasa kenapala CI/lecturer hantar orang tah apa-apa macam aku ke IJN. Sama macam SAS, siap mengadu lagi dekat mak SAS, "Mama tau tak, IJN tu tempat budak2 pandai je, kenapa Kakak kena pergi sana? Akak dah la ntah apa2 time klinikal ni.."

"Pergi untuk belajar bukan sebab kamu bagus atau pandai. Kalau dah pandai kamu dah jadi dietitian, tak payah klinikal dah." Sentap SAS.

Ouh, dress smart okay. Cantik-cantik all the time. Pakai makeup untuk perempuan bagi muka tak pucat and nampak berseri. Make-up basic je. Yang jenis heavy jangan heavy sangat. Asal ada foundation, lipstick bukan lipbalm, mascara, eyeliner, eye shadow natural okay dah tu.

Semoga entry panjang giler ni membantu anda semua. Good luck! Semoga anda semua menjadi manusia yang bermanfaat <3