Tuesday, 23 August 2016

I am Dietetic Student: B.Sc Dietetic UPM

I am Dietetic Student: B.Sc Dietetic


Untuk semua yang sampai ke entri ni, saya nak ucapkan tahniah! Mesti anda salah seorang yang bakal menjadi sebahagian dari keluarga Diet. Yeaayyyy! Tak kisah la anda mahasiswa universiti mana sekalipun, kita tetap sama.

Tapi entri ni khas untuk mereka yang bakal menjejakkan kaki ke Fakulti Perubatan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia. Ya.UPM.

Kalau orang tanya "Kau dapat apa?" "Kau kos apa?" "Dietetik tu apa? Kau kena diet ke?" Jangan rasa offended. Senyum dan selawat banyak-banyak. Tak boleh nak salahkan orang lain yang hidup dalam tempurung semata-mata.

Jawab je, "Lebih kurang macam Dr Pemakanan, version tak ada title Dr. kat depan nama."

Kalau jenis-jenis nak jawapan skema yang dapat markah penuh, saya cadangkan jawapan seperti:

"Course paling menarik di atas muka bumi ini sebab berkaitan dengan pemakanan. Aku akan belajar cara pemakanan yang betul dan yang paling penting aku dapat belajar etika pemakanan untuk pesakit diabetik, buah pinggang, jantung, hati dan banyak lagi jenis-jenis pemakanan untuk semua pesakit yang wujud terutamanya di Malaysia ni."

Haa, tu jawapan umum, sepanjang 4 tahun yang mendatang banyak lagi yang akan kita faham apa sebenarnya Kos Diet ni. In sya Allah, sepanjang minggu orientasi FOODNATIC, anda akan didedahkan dengan lebih umum.

Sebenarnya entri ni khas nak bercerita overview 4 tahun apa yang bakal kita lalui. Ini overview, don't expect much please.

Tahun 1: Tahun 1 merupakan tahun yang paling penting walau kau rasa banyaknya subjek yang kau tak nak belajar. Contoh subjek yang tak suka kat saya adalah Anatomy dan Biochemistry. Merosakkan pointer je. Okay, sebenarnya anda kena buang mindset macam tu. Semua subjek yang disusun adalah penting, jadi jangan pandang enteng kepada mana-mana subjek yang bakal anda belajar.

Paling best Tahun 1 ni, kita belajar memasak. Hehe, ramai rupanya tak reti memasak. Tak apa nanti belajar perlahan-lahan ya. Enjoy all the experiments and your own cooked delicious food!

Tahun 1 anda akan rasa sangat sibuk, tapi percayalah, anda sibuk dengan kejar merit je sebenarnya, bila dah masuk tahun 2 dan seterusnya anda akan benar-benar rasa heaven-nya dunia tahun 1. Tapi nasihat hakak jangan buang masa ya dik, gunakan masa ni untuk bina connection dengan kos lain melalui penyertaan aktiviti dan program kolej. Asah skil-skil kepimpinan, komunikasi, keusahawanan dan apa-apa yang anda rasa penting sepanjang tahun ni. Jangan buang masa usha awek or balak yang belum tentu usha anda balik.

Tahun 2: Tahun 2 ni antara tahun yang mencabar. Tak percaya? Tak percaya tunggu lah. Tahun ini tahun yang paling memerlukan anda banyak multitasking. There are lots of things that you need to focus on. Semua subjek dah semakin penting dan kalau anda tak kuasai Tahun 1 punya subjek anda akan jadi bodoh-bodoh piang dan sedikit lembab nak tangkap apa Dr cakap. Jadi hidup biar fokus ya.

Subjek yang bakal menghantui anda adalah subjek MNT (Medical Nutrition Therapy), Health Promotion, Food Service, dan semua sebenarnya sebab semua subjek ni memerlukan kerja lapangan luar. Saya ulang. SEMUA. Tak percaya tunggulah, yang ringan sikit pun Immunology tapi subjek ni tak ringan mana pun. Banyak yang akan anda belajar dan anda akan faham kawan sekelas anda dengan lebih dekat. Trust me. Semua subjek kerja berkumpulan ya, so don't live in your own world. Pandang kanan kiri sikit.

Tahun 3: Sebab tak ada mood tak naktulis lagi tahun 3 dengan tahun 4.

haaa, suka hati la eh, Nak tau pasal apa lagi eh?

Saturday, 20 August 2016

5 PENGAJARAN DARI PERMAINAN BADMINTON OLIMPIK RIO 2016 UNTUK ANDA YANG BERDIET

5 PENGAJARAN DARI PERMAINAN BADMINTON OLIMPIK RIO 2016 UNTUK ANDA YANG BERDIET


1. Sekuat mana pun penyokong bersorak dari luar gelanggang, pemain juga yang akan menentukan kejayaannya.

Sama apabila kita berdiet, orang sekeliling/coach/dietitian cuma mampu membantu kita untuk mencapai matlamat tetapi akhirnya yang menentukan hasilnya adalah DIRI SENDIRI.

2. Pemain di senarai no 1 dunia Dato Lee Chong Wei pun melakukan kesilapan berulang kali ketika beraksi tetapi belum pernah beliau berhenti sekerat jalan, beliau kekal fokus ke saat terakhir apabila berjaya mengurangkan match point. RESPECT.

Sama juga kadang-kadang kita tergelincir dari diet yang dirancang, tetapi perlu ke kita mengalah? Yang rugi siapa? Kata kuncinya adalah kekalkan SEMANAGAT.

3. Teringat pemain beregu lelaki China yang gigih mempertahankan mata apabila Malaysia dua kali berturut-turut hampir menggenggam emas, dan kesabaran mereka terbukti berbaloi!

Sama dengan kita, diet yang betul itu harus seiring dengan kesabaran. Diet yang dirancang dengan baik memang akan mengurangkan berat badan dan yang pasti bukan dalam masa seminggu!

4. Salah satu faktor Dato' Lee Chong Wei tidak berjaya memecahkan rekod finalnya kali ini adalah kerana USIA. Ya, semakin berusia kita semakin berkurang stamina kita. 

Maknanya, kalau kita benar-benar berniat nak ubah kondisi badan kita, masanya adalah SEKARANG. Semakin bertambah usia kita semakin berkurang metabolisma kita dan semakin sukar untuk mendapatkan berat yang ideal.

5. Dato Lee Chong Wei, Pasangan Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying serta Pasangan Goh V Shem dan Tan Wee Kiong dikenali dan disayangi seluruh rakyat Malaysia hanya apabila mereka berjaya menempatkan diri ke peringkat Final. Saya tanya berapa ramai tahu nama pemain badminton pasangan beregu wanita dan perseorangan wanita Malaysia?

Sama situasinya apabila kita benar-benar berjaya mencapainya baru orang memuji tinggi melangit. Malahan ramai pula yang mengenali kita selepas itu. Sebelum itu ada antara kita dyang dipandang rendah oleh sesetengah orang sekeliling apabila kita merancang untuk mencapai berat yang ideal. Jadi pekakkan telinga dari mendengar suara-suara negatif. Fokus dengan matlamat kita!

Friday, 19 August 2016

SALAH KE MAKAN NASI?

#DailyDiet: Salah ke makan nasi?

"Makan nasi memang tak salah, tetapi apabila dah biasa makan 1 pinggan nasi penuh, memang jadi masalah.

Mulakan dengan kurangkan 1 senduk nasi dari pengambilan biasa. Biasakan pengurangan sedikit demi sedikit.

Orang boleh mengata kita, tapi apabila kita sakit orang takkan tanggung sakit kita."

Sakit apa? 

Sebenarnya ramai yang tidak tahu atau lebih tepat tak sedar betapa rakyat Malaysia kebanyakkannya sangat-sangat terlebih makan nasi. Makan nasi je pun, bukan makan ayam goreng hari-hari. 

Saya suka nak bercerita sedikit sebanyak apa sebenarnya salah nasi ni, mungkin ada yang suka baca pautan artikel nak jadikan sebagai rujukan yang sah, tapi maaf ya, saya tak berdaya. Lagipun blog saya takkan pernah mampu jadi rujukan sah kajian anda so, why i bother? In sya Allah, saya bagi fakta tak pusing-pusing auta sampai berpinar mata berdasarkan apa yang saya belajar sedikit sebanyak. So cheersss!

1. Nasi antara punca kalori berlebihan. Kita biasa dengar nasi atau karbohidrat merupakan sumber tenaga utama. Ya betul. Tetapi berapa ramai yang amalkan pemakanan yang seimbang. Seimbang bukan bermakna sama banyak ya, tetapi seimbang mengikut portion piramid makanan. 

Cuba fikir balik, apa sebenarnya asas yang paling utama dalam piramid makanan selepas sumber karbohidrat? Protein ke? Ke lemak? Eh, macam sayur dan buah-buahan je..
Ya betul! Sayur dan buah-buahan. Tapi berapa ramai yang ambil sayur lebih banyak dari ayam atau sumber protein yang lain? Atau langsung tak ambil? Berapa ramai?  Secara tak langsung dah terjawab kenapa nasi salah satu punca kalori berlebihan. Kalau tak faham nanti saya tulis entri specific tentang ni.

2. Nasi sebagai pemuas nafsu lapar! Amboi, nafsu lapar. Ya. Bila kita lapar atau situasi yang kita lebih lapar dari biasa, kita automatik akan ambil nasi lebih banyak dari biasa. Secara tak langsung, ini boleh dikaitkan sebagai nasi punca utama kita kenyang. Jadi setiap kali kita makan, kita akan pastikan nasi cukup untuk hilangkan rasa lapar. Sedangkan, sayur-sayuran lebih utama untuk rasa kenyang yang lebih lama berbanding nasi.

Bila kita biasa tak ambil sayur, kita sebenarnya, dah gantikan bahagian sayur-sayuran dengan nasi. Tak adil! Dalam satu pinggan mesti seimbang okay! 

Sekarang kita dah faham, makan nasi memang tak salah, yang salah bila kita makan nasi lebih dari yang sepatutnya. Tapi saya yakin, ramai rasa anda makan nasi seperti biasa, tak banyak pun. Itulah salah satu perkara yang kita rasa betul tapi sebenarnya tak berapa nak betul. 

Konklusinya, nasi memang tak salah, yang salah kita bila ambil secara berlebihan.

Jadi berapa banyak nak makan nasi sebenarnya? Hehe, lain entri okay!

Terima kasih sudi baca, kalau rasa nak komen ke nak komplen ke atau mungkin nak bagi pandangan yang lebih baik, silakan. Sangat dialu-alukan sebab saya budak masih belajar. 

Dr Chan pesan, "This is the only time you allowed to make mistake." Jadi, jangan marah kalau saya salah. :D