Saturday, 20 August 2016

5 PENGAJARAN DARI PERMAINAN BADMINTON OLIMPIK RIO 2016 UNTUK ANDA YANG BERDIET

5 PENGAJARAN DARI PERMAINAN BADMINTON OLIMPIK RIO 2016 UNTUK ANDA YANG BERDIET


1. Sekuat mana pun penyokong bersorak dari luar gelanggang, pemain juga yang akan menentukan kejayaannya.

Sama apabila kita berdiet, orang sekeliling/coach/dietitian cuma mampu membantu kita untuk mencapai matlamat tetapi akhirnya yang menentukan hasilnya adalah DIRI SENDIRI.

2. Pemain di senarai no 1 dunia Dato Lee Chong Wei pun melakukan kesilapan berulang kali ketika beraksi tetapi belum pernah beliau berhenti sekerat jalan, beliau kekal fokus ke saat terakhir apabila berjaya mengurangkan match point. RESPECT.

Sama juga kadang-kadang kita tergelincir dari diet yang dirancang, tetapi perlu ke kita mengalah? Yang rugi siapa? Kata kuncinya adalah kekalkan SEMANAGAT.

3. Teringat pemain beregu lelaki China yang gigih mempertahankan mata apabila Malaysia dua kali berturut-turut hampir menggenggam emas, dan kesabaran mereka terbukti berbaloi!

Sama dengan kita, diet yang betul itu harus seiring dengan kesabaran. Diet yang dirancang dengan baik memang akan mengurangkan berat badan dan yang pasti bukan dalam masa seminggu!

4. Salah satu faktor Dato' Lee Chong Wei tidak berjaya memecahkan rekod finalnya kali ini adalah kerana USIA. Ya, semakin berusia kita semakin berkurang stamina kita. 

Maknanya, kalau kita benar-benar berniat nak ubah kondisi badan kita, masanya adalah SEKARANG. Semakin bertambah usia kita semakin berkurang metabolisma kita dan semakin sukar untuk mendapatkan berat yang ideal.

5. Dato Lee Chong Wei, Pasangan Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying serta Pasangan Goh V Shem dan Tan Wee Kiong dikenali dan disayangi seluruh rakyat Malaysia hanya apabila mereka berjaya menempatkan diri ke peringkat Final. Saya tanya berapa ramai tahu nama pemain badminton pasangan beregu wanita dan perseorangan wanita Malaysia?

Sama situasinya apabila kita benar-benar berjaya mencapainya baru orang memuji tinggi melangit. Malahan ramai pula yang mengenali kita selepas itu. Sebelum itu ada antara kita dyang dipandang rendah oleh sesetengah orang sekeliling apabila kita merancang untuk mencapai berat yang ideal. Jadi pekakkan telinga dari mendengar suara-suara negatif. Fokus dengan matlamat kita!

No comments:

Post a Comment