Thursday, 9 February 2017

DailyDiet: Minum Teh Ais Ikat Tepi Pun Salah Ke?

Makan di kafe mesti nak beli teh ais ikat tepi tak pun milo ais.

Hakikatnya, air kosong ais pun sudah cukup refreshing dan menggantikan kandungan air yang hilang seharian.

Baik orang gemuk mahupun orang kurus kering, dua-dua tak elok jadikan minuman manis sebagai amalan harian.

DailyDiet: Motif DailyDiet?

DailyDiet bukan sekadar tips untuk orang yang ingin kurangkan berat badan semata-mata.
.
Tapi sebenarnya lebih untuk memberi kesedaran membetulkan kebiasaan dan membiasakan diet (pemakanan) yang betul.

DailyDiet: Nasi Lagi

Makan nasi sikit memang tak kenyang mana, habis logik apa kena makan sekadar segenggam penumbuk?

Sebab itu kita ada sayur-sayuran. 1/2 pinggan biar penuh dengan sayur campur. Mesti akan kenyang.

Baru perut tak buncit di kemudian hari.

DailyDiet: Tips Diet di Kenduri Kahwin

Kenduri kahwin sekarang sangat dasyat. Bukan sekadar lauk ayam golek, daging kicap, ikan gulai dan ikan pekasam.
.
Berderet pula hidangan tambahan seperti Mee hoon sup, apam balik, putu piring, teh tarik, rojak buah, bubur kacang dan dihiasi popcorn sebagai buah tangan.
.
Apabila berada dalam situasi macam ni, dan nak makan semua, boleh asal ingat portion.

Secuit dan secubit cukup je nak hilangkan craving.

DailyDiet: Aku Nak Kurus!

Apabila ada matlamat pastikan jelas dan masuk dek akal, termasuk nak berat yang ideal.

A) "Aku nak kurus."
B) "Aku nak turun 2kg setiap bulan dan akhir sem depan berat aku mesti cecah 50kg."

B contoh matlamat yang jelas, ada angka, ada tempoh dan sertakan tindakan. A itu contoh sembang je lebih.

DailyDiet: Tok Nenek Kita Hari ini

Situasi biasa apabila golongan berusia berbual adalah berkenaan penyakit apa yang dialami sekarang.

Seolah-olah semua yang tua mesti ada kencing manis, kolestrol tinggi, darah tinggi, jantung dan buah pinggang.

Sedangkan semua itu pilihan kalau kita usaha dari sekarang. Allah hadiahkan tubuh yang sihat sebagai amanah kepada hambanya.


DailyDiet: Tak Nak Makan Nasi

Makan nasi memang tak salah, tetapi apabila dah biasa makan 1 pinggan nasi penuh, memang jadi masalah.
.
Mulakan dengan kurangkan 1 senduk nasi dari pengambilan biasa. Biasakan pengurangan sedikit demi sedikit.
.
Orang boleh mengata kita, tapi apabila kita sakit orang takkan tanggung sakit kita.

DailyDiet: Cantik ke Derita Sepanjang Hayat?

Minum air kosong secukupnya penting bukan sekadar membantu proses metabolisma malahan menjadikan muka cantik berseri.

1 liter untuk setiap 25kg berat badan melainkan anda mengalami masalah lain yang akan memudaratkan.

Teringat suatu masa ketika 'ward round' di unit nephrology (buah pinggang). Pegawai bertugas menyatakan betapa ramai gadis usia 20an mengalami kerosakan buah pinggang akibat terlalu banyak mengamalkan pil-pil kecantikan.


DailyDiet: Kenapa Tak Boleh Skip Breakfast?

Bila bangun lambat dan tertinggal sarapan maknanya bukan setakat tak makan pagi.
Malahan, situasi ini menyebabkan terpaksa lunch awal, makan snek yang tak dirancang, makan malam awal dan sekarang lapar lagi.
Hmmm.
Moralnya, jangan bangun lambat.

Lapar lagi. Hmmmm


DailyDiet: Penyakit Kencing Manis dan Buah Pinggang

Lebih 20,000 pesakit buah pinggang masih menanti penderma organ buah pinggang.
Dan 50% punca Penyakit Buah Pinggang Tahap Akhir 'End Stage Renal Failure' (ESRF) adalah berpunca daripada kencing manis yang tidak terkawal.
Kalau hari ini kita ambil berat pengambilan makanan dan minuman tinggi gula, pasti di masa hadapan kita mampu menderma organ dan bukan menunggu organ untuk diderma.
Kelas Medical Nutrition Therapy II (15 September 2016) by Dr Zulfitri Mat Azzuan.

DailyDiet: Kenapa Kena Tulis Pasal Diet?

Dua tujuan utama kenapa saya cuba tulis tips #dailydiet hari-hari adalah yang pertama nak kenalkan profesion DIETITIAN kepada orang awam (saya masih student B.Sc Dietetik).
.
Kedua, supaya tak menyesal kalau tiba-tiba meninggal tapi tak sempat sebarkan ilmu yang dituntut.
.
Because your future is determined by your action today.