"Please regard yourself as the future expert, consultant and resourceful person in your field. If you see yourself as a student, you will remain forever as a student."
Boleh bayangkan tak, hari pertama kelas dapat special quotes yang sangat-sangat memotivasikan ni? Ada lagi tau ayat power Dr Malina ni,
"We can only give when we have something. We can only write if we have read."
Ini memang pesanan padu dekat diri sendiri kalau tiba-tiba jadi malas nak buat literature review.
Yang paling penting, SAS baru sedar. Sebenarnya bila kita libatkan diri dalam dunia research ni, output kita tak akan lari daripada nak hasilkan servis baharu/lebih baik, teori dan ilmu baharu serta teknologi baharu. Makna kata lain, kita dapat sumbangkan sesuatu kepada komuniti yang kita cuba untuk bantu.
Banyaknya pahala orang yang hasilkan berpuluh-puluh kajian. Bukan setakat pahala, tetapi ilmu yang berpanjangan merupakan salah satu bekalan yang boleh kita bawa sampai ke alam satu lagi. SAS, moga kau jangan putus asa selagi belum berjaya okay?
Yang paling SAS salute sekali, Dr Malina dah pesan awal-awal, jangan bagi dia apa-apa makanan. Kah! Since dari sekolah menengah lagi SAS suka hargai pensyarah dengan makanan, tapi most of the time SAS akan bagi bila dah tamat session subjek dengan dia. Tak nak timbulkan apa-apa fitnah kan.
Dr Malina pesan, kalau teringin juga nak bagi hadiah, hadiahkan dengan doa yang mana sebenarnya, semua pelajar memang wajiblah bagi SAS doakan untuk para guru kita.
Jadi, kalau siapa-siapa stalk SAS ke, terjumpa blog ni ke, tolong aaminn kan doa SAS khas untuk Dr Malina dan semua Dr2, guru2, kenalan2 yang pernah megajar SAS agar sentiasa diberikan kesihatan yang berpanjangan, kekuatan fizikal dan mental untuk terus mendidik anak bangsa, rezeki yang diberkati dan kebahagian hidup dunia dan akhirat, okay? Terima kasih :)
No comments:
Post a Comment