Friday, 17 August 2018

BSc. Dietetik UPM, 1 Tahun klinikal apa yang bakal dilalui?

Sebenarnya, ramai tak tahu budak Diet ada klinikal training. Yang tak tahu ni bukan setakat mak ayah, paklong, maklong kita, tapi kawan medic, biomed, nursing pun macam

"Ouh setahun klinikal? Buat apa tu SAS?"

Tapi rileks aje. Hidup ni tak perlu nak make sure semua orang tahu pasal kita. Tapi bila orang bertanya, itu adalah peluang untuk kita naikkan nama profession Dietitian dekat public serta bakal Dr, bakal Nurse dan bakal pasangan hidup kita. Ehhhhhh?

Jadi, SAS akan cerita secara brief, apa yang akan dilalui sepanjang setahun ni okay?

Foodservice Training
Training food service ada dua jenis, satu food service hospital satu lagi food service dekat institut bukan hospital. Of course SAS pilih bukan hospital sebab tak ready nak masuk hospital lagi. SAS intern dekat MSN. 

Sepanjang intern food service ada yang kerja dia buat kerja-kerja admin, baca segala protokol, SOP dan ada juga yang kena masak. Tapi dekat MSN, alhamudillah semua kerja dari hidang makanan dekat Menteri Belia dan Sukan, KJ sampai ke tolak tong sampah dan buang sampah semua kena buat. Hahaha, seronok tau kerja2 macam2 ni. Sebab tak guna otak dan boleh bergerak.

Ha. Ini gambar SAS dan Haalah dengan Pandalela. SAS pakai baju chef sebab minggu rotation memasak, Haalah pakai tshirt sebab minggu tu kerja dia lap2 meja, mop2 lantai. Tak kisah pun kena buat kerja apa sebab boleh makan buffet 2 kali sehari dan minum jus yogurt all the time for free men! (Berat naik 2kg even pantang segala pastry semua sebab asyik sangat minum jus)
Apa yang penting, dekat Foodservice training ni lah kita akan belajar untuk humble kan diri, mingle around dengan semua pekerja tak kira pangkat dan biasakan diri untuk buat macam-macam jenis kerja. Macam biasa, belajar sistem macam mana sesuatu unit dapur boleh berfungsi. Lain tempat lain input kita dapat sepanjang 8 minggu training. Sharela sesama kawan2 sekelas okay. SAS banyak belajar sistem dapur hospital dari Inas yang intern dekat dapur Hospital Serdang. Gossip pun tahu sekali. Hahahahahahha. (Mana2 boss food service kalau terbaca entry ni, saya recommend ambil la Inas jadi Dietitian Food Service, orang yang sangat sabar dan tinggi common sense susah tau nak jumpa)

Outpatient Training
SAS bersyukur sangat sebab dapat mulakan rotation dengan Outpatient. Outpatient ada beberapa tempat antaranya:

  • 1 stop DM (Mostly Type 1 DM)
  • Medical Outpatient (Kes HPT, DM, HDL, Obesity)
  • Paeds Outpatient (Faltering growth, Down Syndrome, Cerebral Palsy, Childhood obesity)
  • Renal Clinic (CKD Stage 3-5, HD, PD)
  • UPM outpatient (Mostly kes weight management)

Ambil peluang outpatient untuk improvekan skills:

  • Kaunseling
  • Diet recall dan kira kalori
  • Prescribe requirement 
  • Figure out the best intervention on the spot

This is the best group and the best CI I can ask for! Alhamdulillah. Thank you En Asri, Li Min, Haalah, Chey dan Aliah. 
Paling penting sepanjang outpatient training adalah untuk praktis skill kaunseling. Setiap pagi klinik start pukul 9, tapi pukul 8 sampai 9, kitaorang akan duduk secara berdua dan praktis kaunseling menggunakan segala edutools. Kalau SAS nak revise management, SAS buat dengan Haalah dan Aliah, kalau nak praktis cakap dengan lancar SAS buat dengan Li Min. Chey expert so dia pantau je kitaorang ni. Gaya CI sikit, hehe.
Apa yang paling penting SAS dapat dari rotation ni? The best mantera En Asri

"What went well? What need to improve?"

Dik, tahu tak, soalan ni sangat powerful bukan sahaja untuk membaiki diri sendiri tetapi paling penting untuk boost up confident sebab bila kita jawab soalan what went well tu kita secara tak langsung encourage diri sendiri. Contoh jawapan SAS:

"Saya first time buat feeding regime untuk paeds, tak tahu apa2. Nasib baik En Asri tolong cover. Tapi apa yang saya boleh buat tadi saya boleh buat ABCD dengan lebih baik compare to previous one. Lepas ni saya praktis lagi ya En Asri"

Ini sangat penting sebab kita selalu rasa down sebab tak boleh perform walaupun kita tahu mustahil boleh terus perform awal2.

Jadi setiap hari, tanya soalan ni dekat diri sendiri. Paling bagus, waktu otw balik dari hospital ke kolej, bincang dengan groupmates, masing2 kena belajar untuk kritik dan puji orang lain supaya kita sendiri boleh nampak kelebihan dan kekurangan diri kita.

In-patient Training/Special Unit
In patient maksudnya patient di ward. Jadi kita akan dibahagikan ikut Ward/Unit. Contohnya

  • Surgery (Pre/post-op, stress induce hyperglycemia, TPN, ONS, RTF)
  • Medical (liver disease, uncontrol DM, infection, auto immune disease, pulmonary dan segala-galanya)
  • Oncology (kanser)
  • Gynae (GDM)
  • Paeds (faltering growth, childhood obesity, picky eater, RTF)
Ini secara overview la. Macam-macam sangat kes tapi SAS tak mention semua la. Ini yang commonly kita kena handle.

Ini salah satu group rotation SAS. Alhamdulillah sangat group ni ada Li Min. Always the most understanding person. Nampak tak kitaorang makan Subway? Puan Liyana belanja tu. In fact semua group dia belanja makan. Jom la kita doakan Puan Liyana dan CI lain murah rezeki banyak2, lebih banyak dari apa yang mereka dah bagi dekat kitaorang. 


Miss Aishah pun selalu belanja. Lepas ni kan kalau waktu lunch Miss tak pergi lunch, korang beli lah sandwich atau buah atau air sejuk dekat Miss kay.
Tengok. Miss belanja lagi. Dengan Miss ni yang bestnya adalah dia selalu nampak kelebihan dan kekurangan diri kita. Dari situ ambil nasihat dan improve to be a better us. Love 1000000x untuk Miss Aishah yang garang (garang la kalau asyik buat salah sama. Jangan buat kay!) dalam ward tapi sangat happening bila berdiscuss.


Community Training

Ini adalah training yang sangat perghhhh bagi kitaorang. Short story yang penting semua kena kekalkan postitivity among each other okay. I admit, I loss my control waktu training. Bayangkan stress level time tu tiap malam terjaga. Bowel open dari elok-elok semenjak training dekat IJN jadi 3-4hari sekali. Stress!!!! Tapi SAS yakin, batch bawah2 SAS ramai yang ada leadership sebab di interviewkan. Jadi in sya Allah training community ni macam kacang goreng aje. 

Ini lah Group yang no 2 paling best lepas Group rotation dengan En Asri. Alhamdulillah sangat2. Ke sebab ada Li Min semua jadi okay eh? Hehe, tak la. Yap and Teo sangat cool down kan my perfectionist trait. They make things very easy tapi hasil vavavooom. Vinoo and Jiha sangat tak sihat sepanjang training ni, tapi kan to be honest dorang sakit2 pun kerja tak kurang pun compare yang lain. Korang pun contohi dorang okay! Sakit bukan alasan tinggalkan groupmate terkontang-kanting. Kalau korang jadi leader group jadilah leader yang bertoleransi macam Zul. 

Bila hati masing-masing bahagia, kerja apa pun jadi mudah sebenarnya. Alhamdulillah berkat didikan Miss Alin and DR Z kitaorang successfully buat GROUP KAUNSELING (lain tau dengan bagi presentation) even masa sangat limited. Gunakan peluang komuniti bukan sahaja untuk buat projek komuniti tapi juga skill2 lain yang tak dapat dalam klinikal. BTW, habis program kitaorg dijemput makan2 dengan penduduk PKNS tau! Tak tau la napa semua group SAS murah rezeki sangat! hehe. Syukur alhamdulillah.

Itulah sedikit sebanyak journey yang bakal dilalui. Tahu tak cabaran apa yang paling jiwa kena kental sepanjang 1 tahun training ni? Lain uni maybe lain, tapi untuk junior UPM these things yang you all kena ready:
  • Tak ada gap between rotation. Gila! Hahah tapi nak buat macam mana sebab nak make sure semua settle before raya kan. SAS harap nanti batch bawah2 at least dapat cuti 3-4 hari termasuk weekend untuk ready before tukar rotation. Sangat penting sebenarnya sebab nak reset motivasi, mental dan paling penting bertukar-tukar input dengan group rotation sebelumnya. Jadi cuti ni la nak prepare semua dokumen. Tapi kalau still tak ada cuti, just adapt okay. We survived, so you all must survive too okay.
  • Tak ada cuti panjang macam U lain. Ada sekali je cuti panjang yakni seminggu. U lain ni SAS comparekan dengan UKM dan IIUM dorang ada cuti sampai sebulan. Tapi kita tak, jadi tak usahlah plan nak ke sana ke sini time tahun akhir ni. Tapi ada sekali tu je Dr Noraida and the team macam awalkan exam so ada gap hari Jumaat. Makanya, SAS hantar report hari Khamis lepas presentation dan buat havoc plan ke Penang petang tu jugak.
  • Logbook case. Lain tahun maybe lain, tapi time kitaorang at least seminggu kena ada minimum 5 case dalam logbook. Sejujurnya ada yang boleh buat setiap malam. Kalau SAS buat logbook memalam, banyak correction compare dengan tulisan tanpa correction. Kenali kekuatan diri dan adjust masa untuk siapkan amanah yang diberi okay?
  • CDE. CDE ni bagus sangat sebab time ni la kita akan buat knowledge transfer secara official. Cuma kalau dapar rotation yang padat dan kena present CDE minggu tu sakit sikit la. Tapi sempat je.
  • Tak sempat dah nak join aktiviti luar. SAS tinggalkan Exprimo dan Sukarelawan Hospital Serdang sebab weekend SAS memang nak tumpu siapakan logbook je. Member ajak lepak pun SAS ajak malam weekdays. Weekend memang SAS settlekan gosok baju seminggu, basuh baju, shopping stok masak dan tidurrrrrrrrrr. Balik pun fikir 5x sebab tak sempat nanti siapkan logbook. Kadang2 kalau SAS balik, tengah tunggu KTM sempatla SAS tulis logbook. Gigihkan? Lain orang lain time management. Do your best!  


Yang penting, semua yang lecturer suruh buat manfaatnya akan berbalik dekat kita balik. Jadi siapa yang komplen kes banyak, itu ini nak kena buat korang jangan terikut-ikut komplen okay. (SAS tak suka orang komplen hari2, nanti SAS pun terikut-ikut semangat negativity tu, sekali-sekala boleh la hadam beb.) Semua pun penat jadi rilex ajer. IOI dekat kot. Petang2 kalau sempat balik before 6 pergi je IOI makan ice cream singgit. Hilangkan penat.

Hmmm. SAS rasa banyak throwback je. Hehehe semua menggamit memori kot. Kalau ada apa2 nak tanya, tanyalah okay.

No comments:

Post a Comment