Okay, kalau dah siap pocket book,
alhamdulillah. Sekarang komponen ke-2, edu tools. Sebelum buat sesuatu, tanya
dulu apa objektif?
Jadi kita tahu, edu tools ni ada beberapa
objektif, antaranya
- Mudahkan pesakit faham apa yang hendak disampaikan (gambar)
- Bagi idea untuk kita nak cakap apa
Topik
Edutools
Edu tools kena buat untuk almost semua topik especially yang melibatkan kaunseling. Contohnya DM, HPT, Hyperlipid, Gout, Obesity, Childhood Obesity, Faltering Growth, CKD dan sebagainya.
Edu tools kena buat untuk almost semua topik especially yang melibatkan kaunseling. Contohnya DM, HPT, Hyperlipid, Gout, Obesity, Childhood Obesity, Faltering Growth, CKD dan sebagainya.
Banyakkan?
Sebab banyak SAS selaku ketua kelas guna
kuasa veto listkan semua topik dan bahagikan kepada semua 31 orang untuk
siapkan edutools bersama. Hahahhahahahaha. Veto tak veto sebenarnya inilah cara
paling efektif dan percayalah bersatu bersama membawa banyak manfaat untuk
semua.
Alhamdulillah semua redha dan pasrah serta
hantar edutools yang di-verified oleh CI masing-masing on time.
Kandungan
Okay, kandungannya SAS listkan based on
senarai ni. Tapi SAS pesan dekat semua group, always refer MNT dan trust your
gut what to put into OUR edutools.
Antaranya:
- Physiologi secara analogi (Gambar betul pun boleh, pilih yang mudah faham)
- Punca/Akibat
- Management
"Kenapa ada sesetengah pesakit menghidap DM ketika mengandung? Jadi kalau Puan tengok gambar ni, bila kita mengandung ada hormon yang dihasilkan oleh uri dan mengganggu hormon untuk kawal gula. Kesannya, bacaan gula tinggi."
"Ada beberapa faktor yang menyumbang kepada masalah GDM antaranya faktor umur dan sejarah keluarga."
"Tetapi sebenarnya, ada sesetengah faktor lain yang kita boleh kawal seperti berat bada, gaya hidup dan paling penting pemakanan. Jadi kita akan bincangkan macam mana nak kawal gula dengan jaga pemakanan."
"Penting untuk kita jaga pemakanan untuk elakkan komplikasi seperti bayi pramatang dan keguguran." (Make sure ayat kita bukan mengugut)
"Pemakanan paling utama kita kena jaga adalah dari sumber karbohidrat. Puan boleh tunjukkan dekat saya mana sumber karborhidrat?" bla bla bla~~
"Seperti yang kita bincang tadi, setiap waktu makan ada unit tertentu. 1 unit karbohidrat tu banyak mana boleh rujuk gambar ni Puan."
Dan sebagainya.....................
(Edutools DM oleh Group Teo tak silap)
Disclaimer
Akhirnya, tak semua edutools penting. Yang penting dan SAS wajib
guna adalah edutools:
- DM (CHO exchanges)
- Obesiti (Konsep tenaga seimbang, menu tinggi vs rendah kalori)
- Tips kurangkan garam (Gambar menu tinggi garam vs rendah garam)
- Kesan tinggi kolestrol (Gambar fisiologi saluran tersumbat)
- CKD (portion untuk protein, kandungan air dalam makanan)
Lain-lain sebahagian sahaja. Tetapi untuk permulaan, SAS guna semua
sebab tak ada idea nak cakap kan, hahahahaha, jadi guna edutools untuk practice.
Ada juga SAS lukis gambar bila nak terangkan dekat patient especially untuk fahamkan fungsi insulin, meal timing dan CHO
distribution dengan mudah.
Membantu tak entry ni? Ke pening? Ke berkobar-kobar nak buat? Hehe. Sesiapa ada soalan/cadangan penambahbaikan sila komen okay.
Nak cerita pasal kegunaan edutools ni kena cerita lebih pasal cara kaunseling, tapi macam panjang sangat pulak kalau cerita dekat sini. Nanti SAS buat entry lain okay? In sya Allah.
Ps: SAS tahu, senang kalau SAS share semua softcopy edutools, tapikan bukan semua edutools tu SAS buat sendiri, jadi bukan hak SAS. Huhu. Right copy ni SAS malas sikit nak terlibat sebab melibatkan hak dan harta classmate SAS. huhuhuhuhu je la SAS mampu bagi.
No comments:
Post a Comment