Pertama sekali, kena faham apa itu POCKET BOOK. Pocket book adalah kitab fakta bersaiz poket white coat yang sangat individual. Fakta yang SAS rasa penting mungkin group mate SAS rasa tak penting, jadi sangat penting kita buat sendiri pocket book sendiri berbanding print dari guna senior punya bulat-bulat.
Masa awal-awal dulu ramai batch SAS yang buat macam tu, tapi at the end pocket book masing-masing berubah rupa. Kena ingat, kita di dalam bidang yang sentiasa evolve dan updated dengan latest finding for every single day. Jadi tak semua fakta dari pocket book senior relevan untuk zaman korang. Part of it of course can be use.
Jadi, macam mana nak buat pocket book ni? Ini cara SAS tau, ada yang buat guna ring lepatu letak bookmark. Ikutlah cita rasa tekak jiwa dan hati masing-masing. No right no wrong.
Step 1: Buat table of content and page numbers
Ini contoh SAS punya table of content. Untuk persediaan SAS senaraikan semua topik yang SAS rasa penting. At the same time biar table tu ada space untuk add on, percayalah, setiap masa ada sahaja benda nak tulis dalam pocket book.
Ini pembahagian cara SAS:
Disease Management
Assessment
Feeding Related Management
Paediatric
Special Notes (Tak tahu nak classify bawah apa).
Macam-macam lagi ada sebenarnya. Percayalah, kalau korang betul-betul nak jadi Dietitian, buat elok2 okay buku ni.
Step 2: Kandungan setiap topik
Okay, sekarang kita dah ada table of content. Jadi apa sebenarnya yang penting untuk kita letak dalam pocket book ni? Jom pilih satu topik: DM
Tak perlu definisi bagai dik, fokus dekat perkara utama iaitu:
- Nutrition Management: CHO requirement/min CHO requirement (make sure ada banyak reference dan paling penting kena tulis reference okay. WAJIB. Dalam klinikal ni, kita tak percaya awak cakap, kita percaya guideline mana tahun mana awak guna.
- Medical Management: Yang ini depends. Tak semua perlu. Cari yang berkaitan dengan nutrition management. Contoh untuk DM ni adalah insulin. Sangat penting untuk kita tahu jenis2 graph insulin sebab dari situ kita akan adjust CHO distribution.
- Range: Untuk DM range fasting blood glucose, hypo range, hyper range, ICU hyper range, normal range, HbA1C range
- Formula: Untuk Type 1 ada beberapa formula macam ICR, TDD dan sebagainya. Ouh, waktu SAS dekat IJN, SAS baru tahu kita boleh roughly estimate berapa average bacaan blood glucose patient based on HbA1c. SAS masukkan juga formula ni.
Ini contoh GDM punya notes dalam pocket book SAS
![]() |
SAS letak semua comparison requirements, nutrition requirements |
Ini version lebih kemas
Okay, itu semua perkara wajib. Lain disease lain kita nak letak. Ada certain pocket book senior letak definition, classification. Perlu atau tidak?
Bagi SAS, tak. Sebab itu basic knowledge. New knowledge, physiology semua SAS akan catit dalam log book. Tulis semua panjang-panjang dalam logbook untuk rujukan. Tapi macam biasa, suka hati adik-adik la nak letak ke tak, tiada yang berdosa okay. Cuma pastikan pocket book kita tu memang muat la masuk pocket, kalau besar kena kepit maknanya tak efektif.
Tambahan:
Sebenarnya, kena ingat, semua info boleh dapat dalam MNT, guideline, tapi pocket book kita berfungsi untuk jimat masa dari belek satu persatu. Sebab tu SAS ada juga photostate info dari MNT dan tempek dalam pocket book. Apa-apa yang mudahkan SAS.
Dan kita akan tahu benda tu mudahkan atau tidak bila kena tanya dengan CI
“SAS, apa recommendation untuk start transition feeding dari RTF to ONS?"
"Jap jap, ada dalam MNT, kejap ya Miss..."
Haha. Bila tak boleh jawab, SAS tahula, ni penting ni. Jadi lain orang lain okay.
“SAS, apa recommendation untuk start transition feeding dari RTF to ONS?"
"Jap jap, ada dalam MNT, kejap ya Miss..."
Haha. Bila tak boleh jawab, SAS tahula, ni penting ni. Jadi lain orang lain okay.
Paling penting:
Time SAS punya pocket book dah kemas sikit, SAS berangan, cakap dengan roomate Inas Zaidi (Dia pasrah je dengar SAS merepek berangan-angan macam-macam sepanjang 3rd - 4th year)
"Inas, kalau saya dah grad nanti saya kumpul, type and arrange elok2 semua ni, pastu jual dekat semua junior. Tapi saya kena ajak ramai la nak buat. Tak larat nak buat sorang-sorang sebab kena selalu up to date. Saya nak ajak CI ke lecturer ke join sekali"
Inas jawab
"Dorang ada masa ke?"
Hahahahahahhaha. Betul jugak. Sedih kiterrr Inas bunuh angan-angan kiterrr.
Rupa-rupanya akhir tahun lepas tiba-tiba UNISZA keluarkan pocket book version apa yang SAS bayangkan dah. HAHAHAHAHAHAHHA. Punah source of income dekat situ.
Jadi kalau korang tanya okay tak bergantung kepada pocket book ni sahaja, tak nak buat pocket book sendiri?
Jawab SAS, tanya CI/lecturer, boleh tak bawak ni dalam exam? Kalau boleh, apa salahnya guna yang ini kan.
Jawab SAS, tanya CI/lecturer, boleh tak bawak ni dalam exam? Kalau boleh, apa salahnya guna yang ini kan.
Tapi SAS tak guna sangat sebab dah ada pocket book sendiri jadi tak sure maka tak boleh nak komen lebih-lebih. Cuma kalau ada pocket book sendiri, kita sendiri yang tulis, kita dapat hafal and alter ikut jiwa hati kita. Jadi suka hati awak la okay?
P/s: Sesiapa ada cadangan lebih baik, komen sahaja supaya kita semua sama-sama dapat manfaat. I am welcoming much sesiapa yang baik hati sharing-sharing ni.
No comments:
Post a Comment