Ini adalah beberapa tips untuk kita maximize kan tenaga dan otak 31 orang secara efisyien serta bagi semuanya dalam keadaan teratur dan tak serabut kepala. Especially bila korang jadi Class Rep macam SAS.
Tak boleh move on lagi kena pegang jawatan ni. Sobsob. Sebabkan dulu dah janji, siapa dah jadi Class Rep tak payah jadi lagi. Tapi sebab ni lecturer CI lantik SAS redha je.
Tak susah pun sebenarnya cuma SAS ni sejenis makhluk overthinking, jadi benda takde apa pun jadi big matter. Jadi untuk overcome semua benda yang SAS rasa akan jadi problem SAS ambil initiatif buat benda-benda yang tak serabutkan kepala.
1. Job Division
- Wujudkan macam-macam ketua. Contoh ketua lain-lain. Tugas dia jadi wakil dengan junior atau dengan mana-mana course lain yang nak ada urusan dengan budak diet. Jadi SAS remain as class rep yang uruskan hal klinikal sahaja.
- Ada juga jawatan AJK pengakutan yang uruskan bas untuk ke kajang/IJN. Bendahari. Apa ntah lagi. Macam-macam ada. Cukup 31 jawatan Dik. Hahahahaha. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Hehehe tak tau la classmate SAS memang semua supportive atau redha je layan perangai SAS ni.
- Paling penting SAS tak pegang jawatan ketua group. Hahahhaha. Seronok kan jadi Class Rep ni? Orang tak sampai hati nak bagi pegang jawatan lain2. Ini berkat baik hatinya CI dan kawan sekelas, hopefully batch awak pun macam ni.
2. Whatsapp Group
Confirm banyak sangat group lecturer suruh buat. SAS tak kuasa buang masa create group dan add sorang2, sas buat group, copy link dan suruh sesiapa berkenaan masuk sendiri. Jimat 5 minit hidup SAS. Kalau kena buat 10 groups, dah jimat 50 minit. Percayalah, setiap rotation minimum ada 2 group tau. Time komuniti lagilah.
3. Utilize Dropbox
Utilize untuk apa? Untuk sharing is caring segala apa yang masing-masing rasa perlu. Boleh guna FB group, tapi cara ni semua dokumen boleh di sort out secara kemas. Antara folder yang SAS buat:
- Edutools/Poster/Materials
- CDE Sharing CI and each Group
- Guideline/Article/MNT/CPG latest ikut diesease: Kidney, DM, Surgery. Paeds
- Formula produk, senarai kalori makanan, senarai harga produk
- Assignment: Slide presentation/Report
- Pocket book materials
- Dokumen Klinikal (CI/Lecturer bagi)
![]() |
Inilah Dropbox kelas kami. Hangpa buat sendiri okay, buat betul2 biar manfaat sampai dah kerja nanti. |
SAS buat je folder kosong, pastu masing2 upload bila rasa perlu. Tahu tak kenapa penting? Sebab semua orang akan start dengan rotation yang berbeza. Contoh group SAS start dengan paeds, Group SAS akan share semua document/guideline formula yang Puan Liyana bagi dekat Dropbox. Nanti next group just bukak folder tu untuk tahu apa yang kena prepare.
Alhamdulillah ramai yang baik hati sudi share-share macam-macam. Ada yang tak contribute langsung, tapi tak kisah. SAS anggap ini ladang pahala untuk sesiapa yang sudi kongsi-kongsi benda yang penting. Kalau nak cepat ada je yang share kat FB, tapi nanti ada sorang hamba ke ai ni selalu rajin tolong uploadkan dekat dropbox (I doakan you jumpa prince charming yang ada charming personality okay.)
Paling senang ada benda ni, adalah time submit assignment, siapa tak hantar senang SAS tak payah annouce dekat group. Semua nampak. Dan masing-masing boleh belajar dari report yang previous rotation.
4. Online Docs/ Spreadsheet
Yang ini penting bila kena update database patient yang kita rawat. Sebab semua orang ada limited masa depan komputer, kita buat satu spreadsheet yang ahli group kita boleh key in maklumat at the same time. Jadi tak ada isu macam manual yang kena sorang-sorang buat. Jimat masa.
![]() |
Sampai sekarang SAS confuse, SAS ni ada ciri-ciri manager ke leader. |
Itu je kot. Bosan sikit yang ini sebab orang sejenis organize je layan benda-benda ni. Boleh je hidup kalau tak buat semua ni pun. Hhahahaha. Kan SAS dah kata SAS overthinking. Siapa yang jadi Class Rep tu relax je okay. Paling stress pun sebab orang hantar lambat report, cara nak atasi, suruh siapa hantar after date line untuk burn CD dan hantar ke bilik CI. hahahahaha. Setel. Masa kau tak terbazir sebab orang lain Dik.
No comments:
Post a Comment