Thursday, 16 August 2018

Tips Budak Diet: Dokumen/Barang Klinikal

Okay guys, kalau komponen 1 dan 2 dah setel, kira tinggal nak kemas bag and punch card la ni kan. Jadi ni just check list untuk make sure semua benda tak tinggal tiap hari.

1. Peralatan
  • Household untuk senang pesakit estimate jumlah makanan: mangkuk 2 size, pinggan sihat, senduk, sudu makan, sudu teh (Nak amek gambar malas pulak nak turun dapur memalam ni)
  • Measuring tape
  • Senjata utama dietitian: CALCULATOR
2. Rujukan/dokumen penting
  • Pocket book
  • Edutools
  • Pamplet for all kind of disease (Kalau tak ada make sure dekat outpatient klinik sentiasa ada stok, kalau boleh photostate je siap2. Cuak tau kalau kena pergi JDS mintak pamplet dekat dietitian)
  • Kertas kosong (kena buat menu planning untuk patient/regime feeding untuk patient)
  • Board yang SAS letak important things iaitu:

Senarai produk. Yang ini berbeza mengikut hospital. Jadi make sure kena tahu apa option formula apa yang ada. Ini penting untuk inpatient on ONS/RTF dan paeds. Buat sama-sama satu kelas lepas tu share okay? Ini Zu Yao yang buat, lepas tu Vivien upgrade tak silap, tak ingat dah sebab semua pun contribute macam-macam.

Yang ini adalah summary NCP untuk diagnosis, etiology yang SAS printoutkan dari eNCPT. Most of the time boleh je online, tapi sebab dekat certain clinic line internet SAS macam siput tersepit nak berjalan, SAS print hard copy. Ada one time tu dengan Puan Liyana dekat paeds clinic, SAS lupa gila istilah 'gut related problem' tapi line tak ada. Dan time tu tinggalkan benda ni sebab konon2 dah hafal la semua term, time tu memang rasa nak hempuk muka sendiri je rasa. Teruk nauuuu aku ni. Jangan ikut okay.

Chart boy and girl. Kadang2 guna WHO kadang2 guna CDC. SAS standby dua2 set. Ouh jangan lupa bawak chart untuk Down Syndrome and Cerebral Palsy jugak okay.

Nutric Score. Yang ini untuk acute patient (acute bed yang 4 katil depan kaunter nurse tu) and ICU patient.

Segala jenis screening dan assessment tools. Kalau time rotation nephro, carikla assessment tools untuk CKD patient. Kalau secara general SGA biasa tu okay dah. Screening tools tu guna bila tak ada patient, nanti round la satu ward dan check mana2 patient with high nutrition risk dan boleh nego dengan CI untuk discuss dengan Dr supaya boleh refer ke kita. 

Summary MNT. MNT bawak jugak, tapi SAS dah summarykan dan buat note untuk DM, CKD, HPT, HPL supaya tak la nampak bodoh teruk depan CI dan patient sebab tak tahu nak cakap apa. Selalu kalau tau kes tu kes DM, SAS cepat-cepat revise quick note ni. Tak sempat kot nak belek MNT. huhu. Melainkan korang boleh ingat content MNT, tak payah buat ni pun tak apa. SAS tampal dalam pocket book.


NCP form. Print and standby la 4 keping setiap hari. Yang ini kan batch SAS masing2 ada version sendiri. Ada yang catit dalam buku je macam En Asri dan CI lain buat. Tapi sebab SAS noob, SAS buat 2 pages NCP yang complete ADIME components plus comparatice standard sekali. Lain orang lain gaya. Buatlah macam mana asal bahagia. Kalau nak roger kay, yang ni totally mine so I can share to you guys.


3. Lain-lain barang
  • Alat tulis. Dalam poket SAS selalu ada pen 2 batang hitam, biru, pensil, pembaris (chart) dan correction tape Jangan selalu pow member punya correction tape. Mahal tau Dik.
  • Ouh, punch card. Nangis kau Dik kalau dah pukul 7.59 a.m dan berdiri depan machine punch card dan kau tetinggal kad. Itulah episod paling sadis dalam hidup. Make sure simpan elok2, SAS siap buat kad holder guna kertas keras tak nak bagi bengkok sebab once dah bengkok tak boleh punch dah. (Pastu sape mintak extra, SAS suruh pergi beli kat flat ikan. Wekk, padan muka dapat Ketua kelas kedekut. Hahahha.)
  • White coat. Ini ada je yang tertinggal awal-awal. Memang CI suruh balik ambil. Ingat kau MO tak pakai white coat?? MO, specialist je taraf tak pakai white coat. Kita yang noob2 ni pakai la kay, HO pun pakai.

Banyak ke sikit rasa-rasa? Tengok gambar 3 kesayangan saya ni nak tahu banyak tak banyak barang bawak pergi hospital.

 Bag belakang isi segala buku rujukan MNT, buku-buku-buku-buku-buku penting, log book,  articles/guideline, white coat, botol air, bekal lunch, biskut sebab hypo lunch selalu lewat dan sebagainya. Untuk yang tak make up, alhamdulillah kita dapat jimat barang dan beban berat. Even SAS purse pun tak larat nak bawak. SAS bawak duit je. Hahaha, ada tau perempuan boleh survive tak ada purse.

Bag tepi tu la ada semua barang-barang lain. Lebih kurang macam ni la isi bag klinikal tu

Haaa. Sumbat semua dalam tu. SAS sengaja pakai bag integomb. Tak nak lupa asal usul. Dapatla jumpa senior yang jadi HO, ada yang kenal SAS integomb pun sebab pakai bag tu. Hehe. Senang kalau ada member HO ni. Hahhaha, boleh nego feeding bagi cepat sikit start.

Macam banyak sangat ke nak kena prepare? Hehe. Slow down dik. Buat satu-satu. SAS pun lengkap after 1 month macam tu. Slow-slow tapi jangan sampai tertinggal okay? 

Tadaaaa~~~ Throwback kejap
Ini gambar bahagia lepas ketuai angkat sumpah White Coat Ceremony. Pastu bila masuk klinikal, poket semua kembung, kanan ada pocket book, pocket kiri ada segala kalkulator, measuring tape dan sebungkus biskut. Poket dekat bahu comot je dengan kesan pen. Huduh jadi. Bila pakai white coat ni terasa besarnya tanggunggjawab dipikul.

Korang pun macam ni la kan nanti? Hehehe





No comments:

Post a Comment