Friday, 21 December 2018

Tips Budak Diet: IPD di Institut Jantung Negara

Posting kali ini, khas untuk my so beloved lah sangat, Megat dan awak-awak yang mungkin akan ke IJN? Sebab tu baca posting SAS ni kan :D

Hmm, nak start macam mana ya? Maybe SAS cerita dulu sedikit sebanyak suasana di IJN sepanjang 5 minggu SAS berada di sana dan kemudiakan kongsikan sedikit sebanyak tips yang harapnya membantu mereka yang bakal ke sana.

Nahh, satu-satunya gambar bukti SAS di IJN. Tak sempat dik nak berposing bagai.

10 Perbezaan Klinikal Training antara Hospital Serdang dan IJN

Okay, sebab obviously semua akan merasa rotation di Hospital Serdang, jadi SAS rasa fair kalau sas bandingkan dengan Hospital Serdang berbanding hospital lain.

1. Kes: Di IJN semuanya adalah kes jantung. Iya obviously, apa nak expect kalau dah nama pun Instutut Jantung Negara? Antara kes yang basic adalah post-op di ICU. Kebiasaannya pesakit akan diadmitted untuk operation, jalani pembedahan, paling sekejap <3 hari di ICU bagi stabil dan kemudiannya akan ke ward biasa. Kalau ada complication (tetapi sangat tak banyak) baru akan lama di ICU.  Jadi di ICU ni of course mostly enteral feeding. 

2. Kelas ward: Kalau di Hospital Serdang, pesakit dibahagikan mengikut kelas bukan? Kalau di IJN mereka dibahagikan ke bangunan terus. Hehe. Blok A dan B. Layanan dan rawatan tiada beza. Tetapi of course keselesaan yang jelas nampak. Nanti usha la sendiri apa beza :D

3. Bahasa: Dekat IJN, speaking sahaja most of the time. Kalau Serdang memang kena fluent layman term and bahasa. Tapi di IJN, english sahaja. Iya. Baik dengan pesakit apatah lagi dengan dietitian yang lain. Dengan pesakit Melayu pun kalau dia dah speaking automatic kita speaking kan? Begitulah. Tapi insyaAllah dakdak diet tak dak masalah bab ni kan :D 


4. CI vs Dietitian: Kalau di hospital Serdang, kita akan ikut CI bukan? Tetapi di IJN kita akan ikut Dietitian. And tak silap SAS, kita cuma dibenarkan ikut Dietitian yang dah berpengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun di IJN. Dan paling penting, kita yang kena approach dia. Contoh:

"Ms Vatana, can I follow you to Block B this evening? Vivien will follow Ms Chong. Are you okay with that?"

Sebab, kita akan diberi jadual, tetapi dekat sana kita sangat-sangat diberi kebebasan untuk rancang masa kita. Jadi, SAS dan Vivien akan gilir-gilir untuk merasa semua Dietitian dan semua Ward (Lain ward lain kes)

5. Setiap kes macam exam: Bayangkan, setiap kali kita diberi peluang untuk handle kes, kita cuma ada dalam 10 minit untuk clark kes. Hahahahaha. Iya, SAS tak tipu. Lepas tu depends on style Dietitian dia akan tanya kita nak buat apa? Kalau up sikit tanya pasal fisiologi bagai2 (Kalau kes tak banyak).

6. Peluang memerhati: Alhamdulillah ini adalah peluang paling terbaik SAS boleh dapat sepanjang di IJN. Sebabnya sepanjang minggu pertama, kerja kami adalah memerhati dan memerhati dan memerhati. Vivien penat memerhati iyalah, kita rushing for case kan? Tapikan dik epecially Megat, bila kita perhati ni jangan melangut. Catit tips diet, standard English phrases and paling penting tengok sendiri macam mana Motivational Interview. Sebab di Hospital Serdang, kita banyak perhatikan kawan-kawan kita sendirikan? Dan hakikatnya, ilmu kita terbatas dan satu level yang sama. Bila kita banyak perhatikan orang yang lebih berpengalaman memang bertambah sangat ilmu kita. Jangan rasa tempoh memerhati ni buang masa, always look for oppurtunity in every single moment okay?

7. Kawan: Well di IJN kita cuma ada dua orang. Waktu SAS rotation, tiada Uni lain, jadi alhamdulillah SAS dan Vivien diberi sepenuh perhatian oleh Dietitian di sana. Hehe. Diperhatikan sebenarnya. Dan penting tau kawan ni, teman makan kat dining room tu. Akward kot kalau makan sorang2 :'( . Vivien selalu breakfast dekat rumah, jadi waktu breakfast SAS join la breakfast dengan staff atau kalau berani sikit, duduk sekali dengan Dietitian. Ouh, jangan lupa bawa sudu, garfu dan cawan sendiri ya (Thank you Haalah sudi pinjamkan, sayang awak ketat-ketat). Ada locker dekat sana. In fact, lab coat and benda2 tak perlu bawak balik, semua SAS tinggalkan dekat locker. Senang nak lari kejar bas. Hahahah.

8. Penat: Penat kenapa? Sebab kita kena bangun untuk naik bas jam 6.30 a.m dan sebab standard jalan KL kebiasaan sampai kolej pun dah jam 6.30 p.m Penat sangat, tapi SAS fikir, nanti kita kerja pun macam tu kan. Ni bertuah jugak ada bas UPM jemput pergi dan balik. Jadi jangan miss bus ya kalau adik-adik yang tak ada transport sendiri tu. Ouh, disebabkan mostly Dietitian IJN asal-usulnya adalah pelajar Dietetik UPM (ada dalam 4 orang tak silap SAS out of 7-8 orang), mereka sangat alert dengan waktu bas kita. Tak adanya nak tahan lama-lama. Most of the time, they are the one who remind me. 

9. Suasana: Paling unik di IJN, setiap pagi tepat jam 9.00 a.m loceng aiskrim akan dibunyikan dan seluruh staff Jabatan Dietetik dan Sajian IJN akan berkumpul. Iya semua. Dari Ketua Jabatan, Pn Mary Easaw sampai ke tukang cuci pinggan (alamak lupa dah term dia). 15 minit perjumpaan ni akan dimulakan dengan briefing total order, apa-apa isu berkaitan baik complaint, saiz serving tak cukup, staff cuci pinggan ponteng, siapa yang MC sebab apa, semua akan dibincangkan. Dan di akhiri dengan cheers! Hahaha. Adalah 4-5x SAS kena aim kena lead cheers. Korang pun sama la tu. Hehe. Bagusnya meeting pendek ni, adalah ketelusan. Semua boleh upkan isu dan semua akan alert dan cuba atasi masalah bersama. SAS kalau jadi boss nanti (Aamin) akan buat benda yang sama. So, tak perlu membawang atau membodek. Bos layan semua sama rata. Alhamdulillah Pn Mary begitu orangnya. I adore her!

10. Proaktif: Paling penting sentiasa proaktif. Dietitian banyak lagi benda lain nak buat selain layan kita tau awak-awak. Tak perlu nak bersuap. Bayangkan, logbook kalau tak hantar pun mana ada dietitian sana bising. Cuma nanti faham-fahamla evaluation form macam mana. Tak ada orang nak gesa tak ada orang peduli. Mereka bantu pelajar yang nak bantu diri sendiri. SAS personally request nak follow Pn Farhat, untuk belajar kes nenoatal. Sedangkan tak fokus dekat paeds pun tak apa. Tapi sebab SAS tahu, SAS tak akan, dapat lagi peluang ni, jadi SAS grab je. Pn Farhat pun layan je SAS nak ikut dia. Semua dietitian akan sedaya upaya penuhi permintaan kita, tapi kalau tak minta mana dietitian nak tahu kita nak belajar apa kan? Jadi pandai-pandai ya dik, rancang apa output yang anda akan bawa balik nanti. Jangan over sudah >.<

Larat lagi ke teww awak nak baca? Tak larat peduli apa, I tulis juga. Hehe


Nahh, gambar SAS and nenek kebayan paling annoying. Hahaha. Alhamdulillah dapat di sini dengan nenek ni. Tapi pun kitaorang tak sempat nak posing bersama. Jadi up la gambar konvo ni.


5 Tips dan Perkongsian Terbaik untuk Anda yang Bakal ke Sana

1. Senarai susu: Nah Senarai Susu IJN, tak nak cakap banyak. Pergi ke link ni dan access request. Nanti masuk store susu double check okay. Mesti banyak perubahan. Dekat sana kita akan guna pump feeding, jadi semua kita kira kcal/ml instead of scope - most of the time.

2. Boleh revise pasal jantung okay. Common operation and nutritional related issue: Nahh, bacalah semua ni, habis bagi dah ni. Hehe doakan I dapat suami yang soleh, hensem, kaya, masuk syurga and nampak I paling cantik as his wife, okay? Aamin cepat. Sekarang calon suami tak muncul lagi. Ini semua simpanan dokumen SAS tahun 2017/2018. Kalau tak updated carilah ya yang lain: Nutrition-HeartHeart Failure ManagementOverview Heart Failure dan Slide IJN - Kes Paeds (yang ini request access).

3. Lapangkan dada. Unlearn and relearn. Jadi gelas kosong untuk sedut ilmu dan pengalaman sebanyak-banyaknya dekat sana. Bawa pulang dan kongsi dengan member. Tapi time exam, ikut cara biasa, jangan buat gaya di IJN, exam ikut macam style selalu dekat Hospital Serdang.

4. Dokumen dan Edu-tools: Yang ini jangan risau, IJN akan share kan semunya kepada kita. Kita guna edu-tools yang diberikan. Dan SAS tak share apa-apa dokumen IJN sebab haram. Jadi anda jangan sewenang-wenangnya photostate bagi dekat member ya. Pesanan dietitian sana, its all about copy right.

5. Rutin: Pagi check ketepatan tray, lepast tu terus naik ward buat survey. And petang baru ikut naik ward. Jangan pernah rasa beban dengan kerja-kerja begini. Macam biasa, pesan SAS sentiasa nampak apa oppurtunity dari setiap tugasan yang diberi. Bayangkan, dengan check trolley, kita boleh tahu peratusan pesakit terima diet yang salah, kita boleh tahu apa makanan yang most demand by patient, kita boleh tahu eh macam2la. And dari survey kepuasan pelanggan pun banyak kita boleh belajar seperti apa feedback pesakit di IJN, bandingkan dalam hati dengan Hospital lain. Dan fikir untuk masa depan, 'kalau lepas ni aku dapat kerja dekat hospital lain-lain, apa cara aku boleh tiru di IJN atau apa benda yang aku patut elak?'

SAS ingatkan awal-awal, dekat mana pun kita, semuanya bergantung apa mindset kita. Kalau awal-awal awak rasa buat kerja bodoh sebab kena kutip survey, huhu, rugilah Dik. Grab aje semua pengalaman termasuklah kena tolong cuci pinggan >.<. Dari situ belajar pulak mesin atau cara efektif kerja di dapur.
Menyampah ke tew? Sorry wak, hehehe. Last sekali SAS nak share pengalaman yang tak boleh dilupakan. Hahahaha. Bacalah Dik kalau larat lagi. Hehe.

3 Pengalaman Terbaik di IJN

1. Bagi group kaunseling: Fuhh. SAS dapat chance dua kali. Sekali dengan Ms Vatana. Sekali dengan Pn Farhath. Waktu first time dengan Ms Vatana banyak benda kena tegur, jadi SAS cakap, 

"Hmm. rasa nak buat sekali lagi." Tapi Ms Vatana reply "Mana boleh. Vivien sekali you sekali lah. Baru fair." 

Tapi-tiba-tiba last day, Ms Foong bagitau "SAS, awak ikut Pn Farhath kejap lagi, bagi group kaunseling." Fuh, sejam sebelum kot. Im-promptu. Alhamdulillah survive. See, dorang bagi jugak chance dekat SAS. Hahahahah. Ini Pn Farhath puji tau :P

2. A team of excellent dietitian: Pn Mary Easaw merupakan Ketua Dietitian, and sangat alhamdulillah kami dapat observe dia buat diet kaunseling. Bayangkan dia boleh buat patient yang macam putus asa keluar bilik boleh senyum kot! Respect! Pn Mary ajar banyak benda. Setiap pagi dia akan panggil kami and share macam-macam. Public speaking kena, Motivational interview kena, pengurusan kewangan kena, talk jangan perasan bangsa kamu paling bagus kena (India, Cina, Melayu semua dia kaw-kaw cakap benda hakikat yang nyata), dan banyak lagi. 

Tapi dietitian lain-lain semua pun bagus sangat-sangat-sangat-sangat. SAS tak nak cerita lebih, sebab SAS memang nampak semua yang terbaik je sebenarnya. Kang nanti expectation korang jadi lain. Sebab kawan SAS yang attachment ke IJN lepas tu macam tak beberapa happy. Jadi anda kenali, dan anda tentukan cara untuk tentukan mindset anda macam mana.

3. Kena puji dengan Pn Mary!: Hahahaha, sorry riak kay :P. Kekeke. Pn Mary ada sekali puji SAS pandai bagi motivational talk bila acah-acah buat kaunseling dengan dia. And dia impress bila SAS cerita pasal Jack Ma waktu kitaorang ada session public speaking tetiba dengan dia. And satu hari waktu SAS jalan teman Pn Mary ke lif (Pn. Mary patah ankle, so jalan slow and nak kena paut sikit) and dia cakap

"Amirah, you have very bright potential. But, you have to improve the way you speaking."

Sebab SAS betul-betul nak improve diri SAS, SAS tak sentap langsung, SAS tanya balik 

"How Pn Mary?"

Dia jawab, SAS tak boleh layan semua macam kawan. Boss lain cara, dietitian lain cara, kawan sekerja lain cara, dengan pesakit lain cara. Since tu SAS baru sedar, maybe dengan gaya SAS yang ramah tu membuatkan nampak macam SAS tak tunjuk some gap, I guess? Heheh, so since tu SAS tahu dah. Hehe. Alhamdulillah. Thank you Pn Mary tegur!

Dia tambah lagi,  "Contoh, when you know something new. I know you excited. But you should not react like 'Ouhhh, macam tu ke.' with the dietitian. You know, maybe you can say something like 'Yes Ms. Noted on that. I'll read more on it'".

Fuhh, nampak tak Dietitian lain tak pernah tegur SAS punya gaya kecuali Pn Mary dan Pn Farhath (gaya kaunseling). Sebab tu SAS sangat respect both of them. Tegur info klinikal tu biasa, tapi tegur adab/sahsiah/gaya kita cuma orang luar biasa je berani buat. Paling penting tak cakap belakang. And semua dietitian IJN tak ada membawang pasal mana-mana previous student diet yang attach dekat IJN. Jadi SAS 99% yakin, kelemahan SAS tak ada dibuat bahan gelak atau bahan bercerita. 

Ouh. Pn Mary hadiahkan buku resepi dekat SAS dan Vivien juga! Maybe sebab dia tahu SAS suka memasak. Hehe. Ms Foong punya video pun ada dekat You Tube. Resepi menggunakan air-frier. Fuhhh hebat tak hebat? SAS excited sangat sebab tak semua biasa guna air-fryer, jadi Ms Foong siap tunjuk video-video dekat YouTube waktu breakfast dengan SAS.

Hmmm. Tak tahu nak share apa lagi. Korang baca lagi ke tu? Rajinnya >.<

Okay last, good luck awak semua, ingat pesan mak SAS ni kalau rasa kenapala CI/lecturer hantar orang tah apa-apa macam aku ke IJN. Sama macam SAS, siap mengadu lagi dekat mak SAS, "Mama tau tak, IJN tu tempat budak2 pandai je, kenapa Kakak kena pergi sana? Akak dah la ntah apa2 time klinikal ni.."

"Pergi untuk belajar bukan sebab kamu bagus atau pandai. Kalau dah pandai kamu dah jadi dietitian, tak payah klinikal dah." Sentap SAS.

Ouh, dress smart okay. Cantik-cantik all the time. Pakai makeup untuk perempuan bagi muka tak pucat and nampak berseri. Make-up basic je. Yang jenis heavy jangan heavy sangat. Asal ada foundation, lipstick bukan lipbalm, mascara, eyeliner, eye shadow natural okay dah tu.

Semoga entry panjang giler ni membantu anda semua. Good luck! Semoga anda semua menjadi manusia yang bermanfaat <3

Thursday, 13 September 2018

SAS' Master PhD Journey: Dr Malina Osman's First Class

"Please regard yourself as the future expert, consultant and resourceful person in your field. If you see yourself as a student, you will remain forever as a student."

Boleh bayangkan tak, hari pertama kelas dapat special quotes yang sangat-sangat memotivasikan ni? Ada lagi tau ayat power Dr Malina ni,

"We can only give when we have something. We can only write if we have read." 

Ini memang pesanan padu dekat diri sendiri kalau tiba-tiba jadi malas nak buat literature review.

Yang paling penting, SAS baru sedar. Sebenarnya bila kita libatkan diri dalam dunia research ni, output kita tak akan lari daripada nak hasilkan servis baharu/lebih baik, teori dan ilmu baharu serta teknologi baharu. Makna kata lain, kita dapat sumbangkan sesuatu kepada komuniti yang kita cuba untuk bantu.

Banyaknya pahala orang yang hasilkan berpuluh-puluh kajian. Bukan setakat pahala, tetapi ilmu yang berpanjangan merupakan salah satu bekalan yang boleh kita bawa sampai ke alam satu lagi. SAS, moga kau jangan putus asa selagi belum berjaya okay?

Yang paling SAS salute sekali, Dr Malina dah pesan awal-awal, jangan bagi dia apa-apa makanan. Kah! Since dari sekolah menengah lagi SAS suka hargai pensyarah dengan makanan, tapi most of the time SAS akan bagi bila dah tamat session subjek dengan dia. Tak nak timbulkan apa-apa fitnah kan.

Dr Malina pesan, kalau teringin juga nak bagi hadiah, hadiahkan dengan doa yang mana sebenarnya, semua pelajar memang wajiblah bagi SAS doakan untuk para guru kita.

Jadi, kalau siapa-siapa stalk SAS ke, terjumpa blog ni ke, tolong aaminn kan doa SAS khas untuk Dr Malina dan semua Dr2, guru2, kenalan2 yang pernah megajar SAS agar sentiasa diberikan kesihatan yang berpanjangan, kekuatan fizikal dan mental untuk terus mendidik anak bangsa, rezeki yang diberkati dan kebahagian hidup dunia dan akhirat, okay? Terima kasih :)



Friday, 17 August 2018

BSc. Dietetik UPM, 1 Tahun klinikal apa yang bakal dilalui?

Sebenarnya, ramai tak tahu budak Diet ada klinikal training. Yang tak tahu ni bukan setakat mak ayah, paklong, maklong kita, tapi kawan medic, biomed, nursing pun macam

"Ouh setahun klinikal? Buat apa tu SAS?"

Tapi rileks aje. Hidup ni tak perlu nak make sure semua orang tahu pasal kita. Tapi bila orang bertanya, itu adalah peluang untuk kita naikkan nama profession Dietitian dekat public serta bakal Dr, bakal Nurse dan bakal pasangan hidup kita. Ehhhhhh?

Jadi, SAS akan cerita secara brief, apa yang akan dilalui sepanjang setahun ni okay?

Foodservice Training
Training food service ada dua jenis, satu food service hospital satu lagi food service dekat institut bukan hospital. Of course SAS pilih bukan hospital sebab tak ready nak masuk hospital lagi. SAS intern dekat MSN. 

Sepanjang intern food service ada yang kerja dia buat kerja-kerja admin, baca segala protokol, SOP dan ada juga yang kena masak. Tapi dekat MSN, alhamudillah semua kerja dari hidang makanan dekat Menteri Belia dan Sukan, KJ sampai ke tolak tong sampah dan buang sampah semua kena buat. Hahaha, seronok tau kerja2 macam2 ni. Sebab tak guna otak dan boleh bergerak.

Ha. Ini gambar SAS dan Haalah dengan Pandalela. SAS pakai baju chef sebab minggu rotation memasak, Haalah pakai tshirt sebab minggu tu kerja dia lap2 meja, mop2 lantai. Tak kisah pun kena buat kerja apa sebab boleh makan buffet 2 kali sehari dan minum jus yogurt all the time for free men! (Berat naik 2kg even pantang segala pastry semua sebab asyik sangat minum jus)
Apa yang penting, dekat Foodservice training ni lah kita akan belajar untuk humble kan diri, mingle around dengan semua pekerja tak kira pangkat dan biasakan diri untuk buat macam-macam jenis kerja. Macam biasa, belajar sistem macam mana sesuatu unit dapur boleh berfungsi. Lain tempat lain input kita dapat sepanjang 8 minggu training. Sharela sesama kawan2 sekelas okay. SAS banyak belajar sistem dapur hospital dari Inas yang intern dekat dapur Hospital Serdang. Gossip pun tahu sekali. Hahahahahahha. (Mana2 boss food service kalau terbaca entry ni, saya recommend ambil la Inas jadi Dietitian Food Service, orang yang sangat sabar dan tinggi common sense susah tau nak jumpa)

Outpatient Training
SAS bersyukur sangat sebab dapat mulakan rotation dengan Outpatient. Outpatient ada beberapa tempat antaranya:

  • 1 stop DM (Mostly Type 1 DM)
  • Medical Outpatient (Kes HPT, DM, HDL, Obesity)
  • Paeds Outpatient (Faltering growth, Down Syndrome, Cerebral Palsy, Childhood obesity)
  • Renal Clinic (CKD Stage 3-5, HD, PD)
  • UPM outpatient (Mostly kes weight management)

Ambil peluang outpatient untuk improvekan skills:

  • Kaunseling
  • Diet recall dan kira kalori
  • Prescribe requirement 
  • Figure out the best intervention on the spot

This is the best group and the best CI I can ask for! Alhamdulillah. Thank you En Asri, Li Min, Haalah, Chey dan Aliah. 
Paling penting sepanjang outpatient training adalah untuk praktis skill kaunseling. Setiap pagi klinik start pukul 9, tapi pukul 8 sampai 9, kitaorang akan duduk secara berdua dan praktis kaunseling menggunakan segala edutools. Kalau SAS nak revise management, SAS buat dengan Haalah dan Aliah, kalau nak praktis cakap dengan lancar SAS buat dengan Li Min. Chey expert so dia pantau je kitaorang ni. Gaya CI sikit, hehe.
Apa yang paling penting SAS dapat dari rotation ni? The best mantera En Asri

"What went well? What need to improve?"

Dik, tahu tak, soalan ni sangat powerful bukan sahaja untuk membaiki diri sendiri tetapi paling penting untuk boost up confident sebab bila kita jawab soalan what went well tu kita secara tak langsung encourage diri sendiri. Contoh jawapan SAS:

"Saya first time buat feeding regime untuk paeds, tak tahu apa2. Nasib baik En Asri tolong cover. Tapi apa yang saya boleh buat tadi saya boleh buat ABCD dengan lebih baik compare to previous one. Lepas ni saya praktis lagi ya En Asri"

Ini sangat penting sebab kita selalu rasa down sebab tak boleh perform walaupun kita tahu mustahil boleh terus perform awal2.

Jadi setiap hari, tanya soalan ni dekat diri sendiri. Paling bagus, waktu otw balik dari hospital ke kolej, bincang dengan groupmates, masing2 kena belajar untuk kritik dan puji orang lain supaya kita sendiri boleh nampak kelebihan dan kekurangan diri kita.

In-patient Training/Special Unit
In patient maksudnya patient di ward. Jadi kita akan dibahagikan ikut Ward/Unit. Contohnya

  • Surgery (Pre/post-op, stress induce hyperglycemia, TPN, ONS, RTF)
  • Medical (liver disease, uncontrol DM, infection, auto immune disease, pulmonary dan segala-galanya)
  • Oncology (kanser)
  • Gynae (GDM)
  • Paeds (faltering growth, childhood obesity, picky eater, RTF)
Ini secara overview la. Macam-macam sangat kes tapi SAS tak mention semua la. Ini yang commonly kita kena handle.

Ini salah satu group rotation SAS. Alhamdulillah sangat group ni ada Li Min. Always the most understanding person. Nampak tak kitaorang makan Subway? Puan Liyana belanja tu. In fact semua group dia belanja makan. Jom la kita doakan Puan Liyana dan CI lain murah rezeki banyak2, lebih banyak dari apa yang mereka dah bagi dekat kitaorang. 


Miss Aishah pun selalu belanja. Lepas ni kan kalau waktu lunch Miss tak pergi lunch, korang beli lah sandwich atau buah atau air sejuk dekat Miss kay.
Tengok. Miss belanja lagi. Dengan Miss ni yang bestnya adalah dia selalu nampak kelebihan dan kekurangan diri kita. Dari situ ambil nasihat dan improve to be a better us. Love 1000000x untuk Miss Aishah yang garang (garang la kalau asyik buat salah sama. Jangan buat kay!) dalam ward tapi sangat happening bila berdiscuss.


Community Training

Ini adalah training yang sangat perghhhh bagi kitaorang. Short story yang penting semua kena kekalkan postitivity among each other okay. I admit, I loss my control waktu training. Bayangkan stress level time tu tiap malam terjaga. Bowel open dari elok-elok semenjak training dekat IJN jadi 3-4hari sekali. Stress!!!! Tapi SAS yakin, batch bawah2 SAS ramai yang ada leadership sebab di interviewkan. Jadi in sya Allah training community ni macam kacang goreng aje. 

Ini lah Group yang no 2 paling best lepas Group rotation dengan En Asri. Alhamdulillah sangat2. Ke sebab ada Li Min semua jadi okay eh? Hehe, tak la. Yap and Teo sangat cool down kan my perfectionist trait. They make things very easy tapi hasil vavavooom. Vinoo and Jiha sangat tak sihat sepanjang training ni, tapi kan to be honest dorang sakit2 pun kerja tak kurang pun compare yang lain. Korang pun contohi dorang okay! Sakit bukan alasan tinggalkan groupmate terkontang-kanting. Kalau korang jadi leader group jadilah leader yang bertoleransi macam Zul. 

Bila hati masing-masing bahagia, kerja apa pun jadi mudah sebenarnya. Alhamdulillah berkat didikan Miss Alin and DR Z kitaorang successfully buat GROUP KAUNSELING (lain tau dengan bagi presentation) even masa sangat limited. Gunakan peluang komuniti bukan sahaja untuk buat projek komuniti tapi juga skill2 lain yang tak dapat dalam klinikal. BTW, habis program kitaorg dijemput makan2 dengan penduduk PKNS tau! Tak tau la napa semua group SAS murah rezeki sangat! hehe. Syukur alhamdulillah.

Itulah sedikit sebanyak journey yang bakal dilalui. Tahu tak cabaran apa yang paling jiwa kena kental sepanjang 1 tahun training ni? Lain uni maybe lain, tapi untuk junior UPM these things yang you all kena ready:
  • Tak ada gap between rotation. Gila! Hahah tapi nak buat macam mana sebab nak make sure semua settle before raya kan. SAS harap nanti batch bawah2 at least dapat cuti 3-4 hari termasuk weekend untuk ready before tukar rotation. Sangat penting sebenarnya sebab nak reset motivasi, mental dan paling penting bertukar-tukar input dengan group rotation sebelumnya. Jadi cuti ni la nak prepare semua dokumen. Tapi kalau still tak ada cuti, just adapt okay. We survived, so you all must survive too okay.
  • Tak ada cuti panjang macam U lain. Ada sekali je cuti panjang yakni seminggu. U lain ni SAS comparekan dengan UKM dan IIUM dorang ada cuti sampai sebulan. Tapi kita tak, jadi tak usahlah plan nak ke sana ke sini time tahun akhir ni. Tapi ada sekali tu je Dr Noraida and the team macam awalkan exam so ada gap hari Jumaat. Makanya, SAS hantar report hari Khamis lepas presentation dan buat havoc plan ke Penang petang tu jugak.
  • Logbook case. Lain tahun maybe lain, tapi time kitaorang at least seminggu kena ada minimum 5 case dalam logbook. Sejujurnya ada yang boleh buat setiap malam. Kalau SAS buat logbook memalam, banyak correction compare dengan tulisan tanpa correction. Kenali kekuatan diri dan adjust masa untuk siapkan amanah yang diberi okay?
  • CDE. CDE ni bagus sangat sebab time ni la kita akan buat knowledge transfer secara official. Cuma kalau dapar rotation yang padat dan kena present CDE minggu tu sakit sikit la. Tapi sempat je.
  • Tak sempat dah nak join aktiviti luar. SAS tinggalkan Exprimo dan Sukarelawan Hospital Serdang sebab weekend SAS memang nak tumpu siapakan logbook je. Member ajak lepak pun SAS ajak malam weekdays. Weekend memang SAS settlekan gosok baju seminggu, basuh baju, shopping stok masak dan tidurrrrrrrrrr. Balik pun fikir 5x sebab tak sempat nanti siapkan logbook. Kadang2 kalau SAS balik, tengah tunggu KTM sempatla SAS tulis logbook. Gigihkan? Lain orang lain time management. Do your best!  


Yang penting, semua yang lecturer suruh buat manfaatnya akan berbalik dekat kita balik. Jadi siapa yang komplen kes banyak, itu ini nak kena buat korang jangan terikut-ikut komplen okay. (SAS tak suka orang komplen hari2, nanti SAS pun terikut-ikut semangat negativity tu, sekali-sekala boleh la hadam beb.) Semua pun penat jadi rilex ajer. IOI dekat kot. Petang2 kalau sempat balik before 6 pergi je IOI makan ice cream singgit. Hilangkan penat.

Hmmm. SAS rasa banyak throwback je. Hehehe semua menggamit memori kot. Kalau ada apa2 nak tanya, tanyalah okay.

Thursday, 16 August 2018

Tips Budak Diet: Sistem

Okay. Sistem. Sistem apa ni?

Ini adalah beberapa tips untuk kita maximize kan tenaga dan otak 31 orang secara efisyien serta bagi semuanya dalam keadaan teratur dan tak serabut kepala. Especially bila korang jadi Class Rep macam SAS.

Tak boleh move on lagi kena pegang jawatan ni. Sobsob. Sebabkan dulu dah janji, siapa dah jadi Class Rep tak payah jadi lagi. Tapi sebab ni lecturer CI lantik SAS redha je.

Tak susah pun sebenarnya cuma SAS ni sejenis makhluk overthinking, jadi benda takde apa pun jadi big matter. Jadi untuk overcome semua benda yang SAS rasa akan jadi problem SAS ambil initiatif buat benda-benda yang tak serabutkan kepala.

1. Job Division
  • Wujudkan macam-macam ketua. Contoh ketua lain-lain. Tugas dia jadi wakil dengan junior atau dengan mana-mana course lain yang nak ada urusan dengan budak diet. Jadi SAS remain as class rep yang uruskan hal klinikal sahaja. 
  • Ada juga jawatan AJK pengakutan yang uruskan bas untuk ke kajang/IJN. Bendahari. Apa ntah lagi. Macam-macam ada. Cukup 31 jawatan Dik. Hahahahaha. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Hehehe tak tau la classmate SAS memang semua supportive atau redha je layan perangai SAS ni.
  • Paling penting SAS tak pegang jawatan ketua group. Hahahhaha. Seronok kan jadi Class Rep ni? Orang tak sampai hati nak bagi pegang jawatan lain2. Ini berkat baik hatinya CI dan kawan sekelas, hopefully batch awak pun macam ni.
Untuk buat job division, penting untuk kita kenal every single of our classmate characteristic. Ada yang bahagia dengan kerja2 admin, ada yang bahagia kerja dengan orang lain. SAS open je job division dan latik ketua untuk each AJK, lain-lain semua wajib isi ikut kebahagiaan hati masing-masing. SAS tak paksa, tapi semua isi nama. HAHAHAHAHAHAHHA. Jangan marah my dear classmates :P

2. Whatsapp Group
Confirm banyak sangat group lecturer suruh buat. SAS tak kuasa buang masa create group dan add sorang2, sas buat group, copy link dan suruh sesiapa berkenaan masuk sendiri. Jimat 5 minit hidup SAS. Kalau kena buat 10 groups, dah jimat 50 minit. Percayalah, setiap rotation minimum ada 2 group tau. Time komuniti lagilah.

3. Utilize Dropbox
Utilize untuk apa? Untuk sharing is caring segala apa yang masing-masing rasa perlu. Boleh guna FB group, tapi cara ni semua dokumen boleh di sort out secara kemas. Antara folder yang SAS buat:
  • Edutools/Poster/Materials
  • CDE Sharing CI and each Group
  • Guideline/Article/MNT/CPG  latest ikut diesease: Kidney, DM, Surgery. Paeds
  • Formula produk, senarai kalori makanan, senarai harga produk
  • Assignment: Slide presentation/Report 
  • Pocket book materials
  • Dokumen Klinikal (CI/Lecturer bagi)
Inilah Dropbox kelas kami. Hangpa buat sendiri okay, buat betul2 biar manfaat sampai dah kerja nanti. 

SAS buat je folder kosong, pastu masing2 upload bila rasa perlu. Tahu tak kenapa penting? Sebab semua orang akan start dengan rotation yang berbeza. Contoh group SAS start dengan paeds, Group SAS akan share semua document/guideline formula yang Puan Liyana bagi dekat Dropbox. Nanti next group just bukak folder tu untuk tahu apa yang kena prepare.

Alhamdulillah ramai yang baik hati sudi share-share macam-macam. Ada yang tak contribute langsung, tapi tak kisah. SAS anggap ini ladang pahala untuk sesiapa yang sudi kongsi-kongsi benda yang penting. Kalau nak cepat ada je yang share kat FB, tapi nanti ada sorang hamba ke ai ni selalu rajin tolong uploadkan dekat dropbox (I doakan you jumpa prince charming yang ada charming personality okay.)

Paling senang ada benda ni, adalah time submit assignment, siapa tak hantar senang SAS tak payah annouce dekat group. Semua nampak. Dan masing-masing boleh belajar dari report yang previous rotation.

4. Online Docs/ Spreadsheet
Yang ini penting bila kena update database patient yang kita rawat. Sebab semua orang ada limited masa depan komputer, kita buat satu spreadsheet yang ahli group kita boleh key in maklumat at the same time. Jadi tak ada isu macam manual yang kena sorang-sorang buat. Jimat masa.


Sampai sekarang SAS confuse, SAS ni ada ciri-ciri manager ke leader.

Itu je kot. Bosan sikit yang ini sebab orang sejenis organize je layan benda-benda ni. Boleh je hidup kalau tak buat semua ni pun. Hhahahaha. Kan SAS dah kata SAS overthinking. Siapa yang jadi Class Rep tu relax je okay. Paling stress pun sebab orang hantar lambat report, cara nak atasi, suruh siapa hantar after date line untuk burn CD dan hantar ke bilik CI. hahahahaha. Setel. Masa kau tak terbazir sebab orang lain Dik.

Tips Budak Diet: Dokumen/Barang Klinikal

Okay guys, kalau komponen 1 dan 2 dah setel, kira tinggal nak kemas bag and punch card la ni kan. Jadi ni just check list untuk make sure semua benda tak tinggal tiap hari.

1. Peralatan
  • Household untuk senang pesakit estimate jumlah makanan: mangkuk 2 size, pinggan sihat, senduk, sudu makan, sudu teh (Nak amek gambar malas pulak nak turun dapur memalam ni)
  • Measuring tape
  • Senjata utama dietitian: CALCULATOR
2. Rujukan/dokumen penting
  • Pocket book
  • Edutools
  • Pamplet for all kind of disease (Kalau tak ada make sure dekat outpatient klinik sentiasa ada stok, kalau boleh photostate je siap2. Cuak tau kalau kena pergi JDS mintak pamplet dekat dietitian)
  • Kertas kosong (kena buat menu planning untuk patient/regime feeding untuk patient)
  • Board yang SAS letak important things iaitu:

Senarai produk. Yang ini berbeza mengikut hospital. Jadi make sure kena tahu apa option formula apa yang ada. Ini penting untuk inpatient on ONS/RTF dan paeds. Buat sama-sama satu kelas lepas tu share okay? Ini Zu Yao yang buat, lepas tu Vivien upgrade tak silap, tak ingat dah sebab semua pun contribute macam-macam.

Yang ini adalah summary NCP untuk diagnosis, etiology yang SAS printoutkan dari eNCPT. Most of the time boleh je online, tapi sebab dekat certain clinic line internet SAS macam siput tersepit nak berjalan, SAS print hard copy. Ada one time tu dengan Puan Liyana dekat paeds clinic, SAS lupa gila istilah 'gut related problem' tapi line tak ada. Dan time tu tinggalkan benda ni sebab konon2 dah hafal la semua term, time tu memang rasa nak hempuk muka sendiri je rasa. Teruk nauuuu aku ni. Jangan ikut okay.

Chart boy and girl. Kadang2 guna WHO kadang2 guna CDC. SAS standby dua2 set. Ouh jangan lupa bawak chart untuk Down Syndrome and Cerebral Palsy jugak okay.

Nutric Score. Yang ini untuk acute patient (acute bed yang 4 katil depan kaunter nurse tu) and ICU patient.

Segala jenis screening dan assessment tools. Kalau time rotation nephro, carikla assessment tools untuk CKD patient. Kalau secara general SGA biasa tu okay dah. Screening tools tu guna bila tak ada patient, nanti round la satu ward dan check mana2 patient with high nutrition risk dan boleh nego dengan CI untuk discuss dengan Dr supaya boleh refer ke kita. 

Summary MNT. MNT bawak jugak, tapi SAS dah summarykan dan buat note untuk DM, CKD, HPT, HPL supaya tak la nampak bodoh teruk depan CI dan patient sebab tak tahu nak cakap apa. Selalu kalau tau kes tu kes DM, SAS cepat-cepat revise quick note ni. Tak sempat kot nak belek MNT. huhu. Melainkan korang boleh ingat content MNT, tak payah buat ni pun tak apa. SAS tampal dalam pocket book.


NCP form. Print and standby la 4 keping setiap hari. Yang ini kan batch SAS masing2 ada version sendiri. Ada yang catit dalam buku je macam En Asri dan CI lain buat. Tapi sebab SAS noob, SAS buat 2 pages NCP yang complete ADIME components plus comparatice standard sekali. Lain orang lain gaya. Buatlah macam mana asal bahagia. Kalau nak roger kay, yang ni totally mine so I can share to you guys.


3. Lain-lain barang
  • Alat tulis. Dalam poket SAS selalu ada pen 2 batang hitam, biru, pensil, pembaris (chart) dan correction tape Jangan selalu pow member punya correction tape. Mahal tau Dik.
  • Ouh, punch card. Nangis kau Dik kalau dah pukul 7.59 a.m dan berdiri depan machine punch card dan kau tetinggal kad. Itulah episod paling sadis dalam hidup. Make sure simpan elok2, SAS siap buat kad holder guna kertas keras tak nak bagi bengkok sebab once dah bengkok tak boleh punch dah. (Pastu sape mintak extra, SAS suruh pergi beli kat flat ikan. Wekk, padan muka dapat Ketua kelas kedekut. Hahahha.)
  • White coat. Ini ada je yang tertinggal awal-awal. Memang CI suruh balik ambil. Ingat kau MO tak pakai white coat?? MO, specialist je taraf tak pakai white coat. Kita yang noob2 ni pakai la kay, HO pun pakai.

Banyak ke sikit rasa-rasa? Tengok gambar 3 kesayangan saya ni nak tahu banyak tak banyak barang bawak pergi hospital.

 Bag belakang isi segala buku rujukan MNT, buku-buku-buku-buku-buku penting, log book,  articles/guideline, white coat, botol air, bekal lunch, biskut sebab hypo lunch selalu lewat dan sebagainya. Untuk yang tak make up, alhamdulillah kita dapat jimat barang dan beban berat. Even SAS purse pun tak larat nak bawak. SAS bawak duit je. Hahaha, ada tau perempuan boleh survive tak ada purse.

Bag tepi tu la ada semua barang-barang lain. Lebih kurang macam ni la isi bag klinikal tu

Haaa. Sumbat semua dalam tu. SAS sengaja pakai bag integomb. Tak nak lupa asal usul. Dapatla jumpa senior yang jadi HO, ada yang kenal SAS integomb pun sebab pakai bag tu. Hehe. Senang kalau ada member HO ni. Hahhaha, boleh nego feeding bagi cepat sikit start.

Macam banyak sangat ke nak kena prepare? Hehe. Slow down dik. Buat satu-satu. SAS pun lengkap after 1 month macam tu. Slow-slow tapi jangan sampai tertinggal okay? 

Tadaaaa~~~ Throwback kejap
Ini gambar bahagia lepas ketuai angkat sumpah White Coat Ceremony. Pastu bila masuk klinikal, poket semua kembung, kanan ada pocket book, pocket kiri ada segala kalkulator, measuring tape dan sebungkus biskut. Poket dekat bahu comot je dengan kesan pen. Huduh jadi. Bila pakai white coat ni terasa besarnya tanggunggjawab dipikul.

Korang pun macam ni la kan nanti? Hehehe





Tips Budak Diet: Edu Tools

Okay, kalau dah siap pocket book, alhamdulillah. Sekarang komponen ke-2, edu tools. Sebelum buat sesuatu, tanya dulu apa objektif?

Jadi kita tahu, edu tools ni ada beberapa objektif, antaranya
  • Mudahkan pesakit faham apa yang hendak disampaikan (gambar)
  • Bagi idea untuk kita nak cakap apa 
Topik Edutools
Edu tools kena buat untuk almost semua topik especially yang melibatkan kaunseling. Contohnya DM, HPT, Hyperlipid, Gout, Obesity, Childhood Obesity, Faltering Growth, CKD dan sebagainya. 

Banyakkan?

Sebab banyak SAS selaku ketua kelas guna kuasa veto listkan semua topik dan bahagikan kepada semua 31 orang untuk siapkan edutools bersama. Hahahhahahahaha. Veto tak veto sebenarnya inilah cara paling efektif dan percayalah bersatu bersama membawa banyak manfaat untuk semua.

Alhamdulillah semua redha dan pasrah serta hantar edutools yang di-verified oleh CI masing-masing on time.

Kandungan
Okay, kandungannya SAS listkan based on senarai ni. Tapi SAS pesan dekat semua group, always refer MNT dan trust your gut what to put into OUR edutools.

Antaranya:
  • Physiologi secara analogi (Gambar betul pun boleh, pilih yang mudah faham)
  • Punca/Akibat
  • Management
Eh jangan lupa cite dari mana korang rujuk tau mana-mana yang berkenaan. Jom tengok contoh Edutools DM ni. SAS buat dialogue antara Dietitian-Patient nak tunjuk kesinambungan each component dalam edutools kita.

"Kenapa ada sesetengah pesakit menghidap DM ketika mengandung? Jadi kalau Puan tengok gambar ni, bila kita mengandung ada hormon yang dihasilkan oleh uri dan mengganggu hormon untuk kawal gula. Kesannya, bacaan gula tinggi."

"Ada beberapa faktor yang menyumbang kepada masalah GDM antaranya faktor umur dan sejarah keluarga."

"Tetapi sebenarnya, ada sesetengah faktor lain yang kita boleh kawal seperti berat bada, gaya hidup dan paling penting pemakanan. Jadi kita akan bincangkan macam mana nak kawal gula dengan jaga pemakanan."

"Penting untuk kita jaga pemakanan untuk elakkan komplikasi seperti bayi pramatang dan keguguran." (Make sure ayat kita bukan mengugut)

"Pemakanan paling utama kita kena jaga adalah dari sumber karbohidrat. Puan boleh tunjukkan dekat saya mana sumber karborhidrat?" bla bla bla~~

"Seperti yang kita bincang tadi, setiap waktu makan ada unit tertentu. 1 unit karbohidrat tu banyak mana boleh rujuk gambar ni Puan."

Dan sebagainya.....................

(Edutools DM oleh Group Teo tak silap)

Disclaimer
Akhirnya, tak semua edutools penting. Yang penting dan SAS wajib guna adalah edutools:
  • DM (CHO exchanges)
  • Obesiti (Konsep tenaga seimbang, menu tinggi vs rendah kalori)
  • Tips kurangkan garam (Gambar menu tinggi garam vs rendah garam)
  • Kesan tinggi kolestrol (Gambar fisiologi saluran tersumbat)
  • CKD (portion untuk protein, kandungan air dalam makanan)
Lain-lain sebahagian sahaja. Tetapi untuk permulaan, SAS guna semua sebab tak ada idea nak cakap kan, hahahahaha, jadi guna edutools untuk practice. Ada juga SAS lukis gambar bila nak terangkan dekat patient especially untuk fahamkan fungsi insulin, meal timing dan CHO distribution dengan mudah.

Membantu tak entry ni? Ke pening? Ke berkobar-kobar nak buat? Hehe. Sesiapa ada soalan/cadangan penambahbaikan sila komen okay.

Nak cerita pasal kegunaan edutools ni kena cerita lebih pasal cara kaunseling, tapi macam panjang sangat pulak kalau cerita dekat sini. Nanti SAS buat entry lain okay? In sya Allah.

Ps: SAS tahu, senang kalau SAS share semua softcopy edutools, tapikan bukan semua edutools tu SAS buat sendiri, jadi bukan hak SAS. Huhu. Right copy ni SAS malas sikit nak terlibat sebab melibatkan hak dan harta classmate SAS. huhuhuhuhu je la SAS mampu bagi.



Tips Budak Diet: Pocket Book


Pertama sekali, kena faham apa itu POCKET BOOK. Pocket book adalah kitab fakta bersaiz poket white coat yang sangat individual. Fakta yang SAS rasa penting mungkin group mate SAS rasa tak penting, jadi sangat penting kita buat sendiri pocket book sendiri berbanding print dari guna senior punya bulat-bulat. 

Masa awal-awal dulu ramai batch SAS yang buat macam tu, tapi at the end pocket book masing-masing berubah rupa. Kena ingat, kita di dalam bidang yang sentiasa evolve dan updated dengan latest finding for every single day. Jadi tak semua fakta dari pocket book senior relevan untuk zaman korang. Part of it of course can be use.

Jadi, macam mana nak buat pocket book ni? Ini cara SAS tau, ada yang buat guna ring lepatu letak bookmark. Ikutlah cita rasa tekak jiwa dan hati masing-masing. No right no wrong.

Step 1: Buat table of content and page numbers

Ini contoh SAS punya table of content. Untuk persediaan SAS senaraikan semua topik yang SAS rasa penting. At the same time biar table tu ada space untuk add on, percayalah, setiap masa ada sahaja benda nak tulis dalam pocket book.

Ini pembahagian cara SAS:


Disease Management

Assessment

Feeding Related Management

Paediatric

Special Notes (Tak tahu nak classify bawah apa).

Macam-macam lagi ada sebenarnya. Percayalah, kalau korang betul-betul nak jadi Dietitian, buat elok2 okay buku ni. 


Step 2: Kandungan setiap topik

Okay, sekarang kita dah ada table of content. Jadi apa sebenarnya yang penting untuk kita letak dalam pocket book ni? Jom pilih satu topik: DM

Tak perlu definisi bagai dik, fokus dekat perkara utama iaitu:
  • Nutrition Management: CHO requirement/min CHO requirement (make sure ada banyak reference dan paling penting kena tulis reference okay. WAJIB. Dalam klinikal ni, kita tak percaya awak cakap, kita percaya guideline mana tahun mana awak guna.
  • Medical Management: Yang ini depends. Tak semua perlu. Cari yang berkaitan dengan nutrition management. Contoh untuk DM ni adalah insulin. Sangat penting untuk kita tahu jenis2 graph insulin sebab dari situ kita akan adjust CHO distribution.
  • Range: Untuk DM range fasting blood glucose, hypo range, hyper range, ICU hyper range, normal range, HbA1C range
  • Formula: Untuk Type 1 ada beberapa formula macam ICR, TDD dan sebagainya. Ouh, waktu SAS dekat IJN, SAS baru tahu kita boleh roughly estimate berapa average bacaan blood glucose patient based on HbA1c. SAS masukkan juga formula ni.

Ini contoh GDM punya notes dalam pocket book SAS
SAS letak semua comparison requirements, nutrition requirements

Ini version lebih kemas

Okay, itu semua perkara wajib. Lain disease lain kita nak letak. Ada certain pocket book senior letak definition, classification. Perlu atau tidak?

Bagi SAS, tak. Sebab itu basic knowledge. New knowledge, physiology semua SAS akan catit dalam log book. Tulis semua panjang-panjang dalam logbook untuk rujukan.  Tapi macam biasa, suka hati adik-adik la nak letak ke tak, tiada yang berdosa okay. Cuma pastikan pocket book kita tu memang muat la masuk pocket, kalau besar kena kepit maknanya tak efektif.

Tambahan:
Sebenarnya, kena ingat, semua info boleh dapat dalam MNT, guideline, tapi pocket book kita berfungsi untuk jimat masa dari belek satu persatu. Sebab tu SAS ada juga photostate info dari MNT dan tempek dalam pocket book. Apa-apa yang mudahkan SAS.

Dan kita akan tahu benda tu mudahkan atau tidak bila kena tanya dengan CI 

“SAS, apa recommendation untuk start transition feeding dari RTF to ONS?" 

"Jap jap, ada dalam MNT, kejap ya Miss..."

Haha. Bila tak boleh jawab, SAS tahula, ni penting ni. Jadi lain orang lain okay.

Paling penting:
Time SAS punya pocket book dah kemas sikit, SAS berangan, cakap dengan roomate Inas Zaidi (Dia pasrah je dengar SAS merepek berangan-angan macam-macam sepanjang 3rd - 4th year) 

"Inas, kalau saya dah grad nanti saya kumpul, type and arrange elok2 semua ni, pastu jual dekat semua junior. Tapi saya kena ajak ramai la nak buat. Tak larat nak buat sorang-sorang sebab kena selalu up to date. Saya nak ajak CI ke lecturer ke join sekali"

Inas jawab

"Dorang ada masa ke?"

Hahahahahahhaha. Betul jugak. Sedih kiterrr Inas bunuh angan-angan kiterrr.

Rupa-rupanya akhir tahun lepas tiba-tiba UNISZA keluarkan pocket book version apa yang SAS bayangkan dah. HAHAHAHAHAHAHHA. Punah source of income dekat situ.

Jadi kalau korang tanya okay tak bergantung kepada pocket book ni sahaja, tak nak buat pocket book sendiri?

Jawab SAS, tanya CI/lecturer, boleh tak bawak ni dalam exam? Kalau boleh, apa salahnya guna yang ini kan.

Tapi SAS tak guna sangat sebab dah ada pocket book sendiri jadi tak sure maka tak boleh nak komen lebih-lebih. Cuma kalau ada pocket book sendiri, kita sendiri yang tulis, kita dapat hafal and alter ikut jiwa hati kita. Jadi suka hati awak la okay?

Hadiah dari my FYP mate. Tak sangka besar manfaat buku ni. Tiap kali nampak page ni made me remind, FYP yang ada problem pun boleh setel, apalah sangat 1 tahun klinikal yang ditemani groupmate, classmates, supportive CI dan awesome lecturers!

P/s: Sesiapa ada cadangan lebih baik, komen sahaja supaya kita semua sama-sama dapat manfaat. I am welcoming much sesiapa yang baik hati sharing-sharing ni.